web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


12,000 Anggota Bomba Siap Siaga Hadapi Musim Monsun 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2021 9:14PM

Mohammad Hamdan Wahid (dua, kiri) menyampaikan sijil perkhidmatan cemerlang kepada anggota penerima, Azlan Talin (kanan) pada Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2020 JBPM Labuan, di sini hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN - Seramai 12,000 anggota bomba di seluruh negara diarah bersiap siaga dalam menghadapi musim monsun di enam negeri bermula bulan depan. 

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, pihaknya sentiasa bersedia dengan kelengkapan logistik dan kekuatan anggota bagi menghadapi bencana, khususnya banjir dan tanah runtuh. 

Menurut beliau, pihaknya telah dimaklumkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia bahawa musim monsun bakal bermula November depan.

"Sebanyak enam negeri, termasuk Sabah akan mengalami cuaca buruk dan berkemungkinan berlakunya banjir.

"Kita akan sentiasa siap siaga jika keadaan menjadi semakin buruk, termasuk meminta bantuan daripada negeri lain," katanya di Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan, di sini hari ini. 

Beliau berkata, enam negeri itu adalah Sabah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Johor. 

Mengulas mengenai kebenaran rentas negeri, Hamdan berkata, mereka turut bersedia dengan kemungkinan peningkatan kadar kemalangan di lokasi tumpuan awam. 

Kebenaran rentas negeri yang diumumkan kerajaan hari ini katanya, membuka ruang untuk pembukaan semula sektor ekonomi dan sosial, dengan tumpuan orang ramai terarah ke pelbagai destinasi pelancongan.

"Kita telah pun letak papan tanda amaran di kawasan berisiko seperti air terjun dan turut menyediakan peralatan menyelamat.

"Ini adalah antara mekanisme yang akan  diguna pakai ke atas orang awam," katanya. - Getaran, 10 Oktober 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia