web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tempahan Vaksinasi Di Fasiliti Swasta Lembah Klang Mulai Hari Ini - KKM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2021 4:08PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Individu sekitar Lembah Klang yang belum menerima janji temu vaksinasi COVID-19 atau yang belum sempat menerima dos kedua mereka kini boleh mendapatkan imunisasi berkenaan secara percuma di fasiliti kesihatan swasta selain klinik kesihatan kerajaan. 

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan memaklumkan ia menerusi program tempahan vaksin untuk golongan dewasa bermula hari ini menerusi 98 fasiliti kesihatan swasta terpilih yang berdaftar di bawah ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth).

"Individu di Lembah Klang yang ingin mendapatkan janji temu vaksinasi mereka perlu menghubungi dan membuat tempahan dengan mana-mana 98 fasiliti swasta ini," menurut kenyataan itu. 

Kumpulan sasaran adalah golongan dewasa yang baru mendaftar dan belum mendapat janji temu, golongan dewasa yang terlepas janji temu dos pertama atau dos kedua dan golongan lain yang akan diumumkan KKM kelak.

Menurut kenyataan itu program dibangunkan ProtechHealth berkenaan adalah bagi menambah baik akses pemberian vaksin di Selangor dan Kuala Lumpur  serta mengelakkan pembaziran dan ketidakpastian permintaan vaksin.

ProtectHealth ditubuhkan pada 19 Disember 2016 sebagai anak syarikat milik penuh ProtectHealth Malaysia (PHM) yang ditubuhkan di bawah KKM.

ProtectHealth juga merupakan pengurus skim untuk PeKa B40, Electronic Service Provider (ESP) untuk Skim Perlindungan Insurans Kesihatan Pekerja Asing dan pelaksana penglibatan pengamal perubatan swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kesihatan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia