web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


240,000 Jadi OKU Akibat Nahas, Majoriti Penunggang Motosikal Melayu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2021 9:01PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dianggarkan suku juta penduduk menjadi orang kelainan upaya (OKU) atau mendapat kecacatan kekal akibat nahas jalan raya di negara ini, khususnya penunggang motosikal di luar bandar.

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), memetik kenyataan Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata, kira-kira 40 peratus (240,000) daripada 600,000 individu yang berdaftar sebagai OKU menjadi cacat akibat nahas jalan raya.

Pegawai Penyelidik Kanan MIROS, Yusof Ghani dalam sesi ‘Sepetang Bersama MIROS – Bicara Kewartawanan dan Laporan Nahas Jalan Raya’ berkata, majoriti individu terbabit terdiri daripada penunggang dan pembonceng motosikal berusia antara 15 hingga 25 tahun.

“Paling ramai mangsa nahas jalan raya membabitkan pemuda berbangsa Melayu yang tinggal di luar bandar dan kebanyakan mereka menjadikan motosikal sebagai pengangkutan utama.

“Ini berbeza dengan penghuni bandar yang mempunyai pelbagai pilihan pengangkutan awam yang jauh lebih selamat untuk dinaiki,” katanya sambil menambah, motosikal tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi seperti kenderaan empat roda atau pengangkutan awam lain.

Jelas Yusof, mangsa yang dahulunya dilahirkan sempurna berubah mengalami kecacatan kekal seperti buta dan hilang anggota badan, malah ada antaranya hanya terlantar serta koma selepas terlibat dalam nahas jalan raya.

“Antara kes yang saya temui ialah mangsa nahas berada dalam keadaan koma selama lapan tahun selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

“Mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun terlibat dalam pelanggaran motosikal tidak jauh dari rumahnya di Machang, Kelantan. Kerana itu, keluarganya memerlukan RM2,000 untuk membeli susu, lampin pakai buang dan keperluan kesihatan lain,” katanya.

Yusof turut berkongsi satu lagi kes nahas menyayat hati, melibatkan seorang pelajar kejuruteraan Universiti Teknologi Mara yang menjadi mangsa nahas motosikal .

“Ketika itu (2018) mangsa berusia 20 tahun sedang memberhentikan motosikalnya di persimpangan lampu isyarat lalu dirempuh dari belakang oleh seorang remaja berusia 14 tahun, juga menunggang motosikal tetapi tanpa memiliki lesen,” katanya.

Pada sesi yang diadakan secara maya itu, Yusof turut menasihatkan penunggang dan pembonceng motosikal agar memakai topi keledar yang diikat dengan betul, bagi memastikan kecederaan serius dapat dielakkan sekiranya berlaku nahas.

Setiap tahun, 60 peratus daripada kes kematian akibat nahas di jalan raya melibatkan penunggang dan pembonceng  motosikal. 

Ini bermakna 4,000 daripada kira-kira hampir 7,000 orang yang maut setiap tahun adalah pengguna motosikal, manakala selebihnya melibatkan motokar, bas, pejalan kaki dan penunggang basikal.

Sehubungan itu, MIROS menyarankan agar  media tempatan membaiki kaedah laporan berita nahas jalan raya supaya bersifat konstruktif bagi menimbulkan kesedaran orang ramai mengenai punca dan akibat perlanggaran.

“Kajian yang dijalankan MIROS ke atas 100 laporan berita nahas jalan raya daripada akhbar Bahasa Melayu pada 2016  mendapati, tiada satu laporan pun yang menyediakan maklumat berkaitan 'penyelesaian' ke arah keselamatan jalan raya yang lebih baik. 

“Kajian tersebut dijalankan berdasarkan teknik penulisan ‘kewartawan konstruktif’ daripada sebuah thesis PhD yang dihasilkan di sebuah universiti di Amerika Syarikat.

"Ini bermakna secara umumya berita daripada media berbahasa Melayu tidak ditulis dengan cara yang membina atau konstruktif, “ katanya. 

Menurut beliau, berita berkaitan nahas jalan raya cenderung ditulis dalam bentuk sensasi dan diolah seperti drama bagi menarik minat pembaca. 

“Selain itu, kajian juga mendapati tiada sebarang maklumat lengkap mengenai punca nahas mahupun nasihat daripada pihak berkuasa supaya pembaca mengambil iktibar dari nahas tersebut,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Ahli Lembaga Pengarah MIROS, Shahrim Tamrin menggesa wartawan supaya berhenti menggunakan perkataaan 'kemalangan' dan digantikan dengan terma 'nahas' ketika melaporkan sebarang berita berkaitan.

“Perkataan 'kemalangan' menjadikan kejadian itu seolah-olah tidak dapat dielakkan sedangkan sebenarnya kebanyakan kemalangan ini boleh dicegah daripada berlaku," katanya. - Getaran, 11 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia