web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sabah Benar Kanak-Kanak Bawah 12 Tahun Dine In, Namun Bersyarat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2021 9:56PM

Masidi Manjun - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Kerajaan negeri Sabah membenarkan kanak-kanak bawah 12 tahun untuk makan di premis (dine in), dan masuk ke premis perniagaan ditemani ibu bapa yang menerima dos lengkap vaksin COVID-19, berkuat kuasa esok.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata premis perniagaan terlibat termasuk pusat membeli belah serta fasilti perhotelan, dan kanak-kanak juga dibenarkan menyertai aktiviti perkelahan serta perkemahan. 

Jurucakap COVID-19 Sabah itu berkata remaja berusia 12 hingga 18 tahun yang sudah menerima dos pertama vaksin COVID-19 turut diberi kebenaran yang sama. 

"Penduduk diingatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan yang ditetapkan," katanya menerusi kenyataan malam ini. 

Sementara itu beliau berkata 69.9 peratus atau 1.92 juta penduduk dewasa dan 22 peratus atau 91,683 remaja telah menerima vaksin lengkap COVID-19 di negeri ini. 

Katanya sebanyak 532 kes COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif 206,048 kes, dan 1,623 pesakit sembuh menjadikan jumlah kumulatif sembuh 193,445 orang manakala 2,402 pesakit masih dirawat. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia