web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Guan Eng Menang Rayuan Berhubung Ganti Rugi Kes Saman Terhadap PERKASA

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2021 2:32PM

Datuk Ibrahim Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan mengembalikan semula keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan Presidennya, Datuk Ibrahim Ali membayar ganti rugi RM150,000 kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kerana fitnah.

Dalam keputusan majoriti 2-1, panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan membenarkan rayuan Guan Eng untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Hakim Datuk Harmindar Singh Dhaliwal yang menyampaikan keputusan itu berkata seorang pegawai awam, sama ada menyaman atas kapasiti jawatan rasmi atau peribadi, tidak dilarang daripada membawa tindakan untuk mendapatkan ganti rugi atas fitnah.

Nallini setuju dengan Harmindar sementara Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli sebaliknya.

Mahkamah membenarkan kos RM50,000 diberikan kepada Guan Eng, yang merupakan Setiausaha Agung DAP dan juga bekas Menteri Kewangan.

Abdul Rahman berkata Guan Eng memfailkan saman fitnah itu atas kapasiti jawatan rasminya.

Hakim itu berkata Guan Eng, yang memfailkan tindakan itu atas kedudukan rasminya, tidak diwakili dengan sewajarnya oleh pegawai undang-undang kerajaan sebagaimana mengikut Akta Prosiding Kerajaan dan menambahkan bahawa tidak terdapat kebenaran rasmi yang dikemukakan oleh firma guaman yang mewakilinya.

Guan Eng, pada 2012, memfailkan saman fitnah terhadap tujuh responden dengan mendakwa bekas Ketua Penerangan Perkasa Allahyarham Ruslan Kassim telah menyiarkan kenyataan di laman sesawang Perkasa pada 1 Oktober 2011, yang membayangkan beliau (Guan Eng) membahayakan keselamatan negara dengan mendedahkan rahsia negara kepada Singapura.

Pada 26 Mac, 2015, Mahkamah Tinggi mendapati The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), bekas Pengarang Kumpulannya Datuk Syed Nazri Syed Harun, Utusan Melayu dan bekas Ketua Pengarang Kumpulan Datuk Abdul Aziz Ishak, PERKASA, Ibrahim dan Ruslan Kassim bertanggungjawab terhadap fitnah berkenaan.

Mahkamah Tinggi pada 2015, memerintahkan PERKASA membayar ganti rugi sebanyak RM150,000 manakala NSTP dan Utusan masing-masing diperintahkan membayar RM200,000.

Pada 5 Mac 2019, Guan Eng hanya meneruskan permohonannya di Mahkamah Persekutuan untuk mendapatkan kebenaran untuk merayu terhadap Perkasa, Ibrahim dan Ruslan. Namun, pada awal prosiding rayuannya di Mahkamah Persekutuan pada 22 September tahun lepas, Guan Eng menarik balik tindakan undang-undangnya terhadap Ruslan yang meninggal dunia.

Guan Eng juga menarik balik permohonan kebenaran merayu terhadap NSTP dan Utusan Melayu pada 5 Mac 2019 setelah media arus perdana itu bersetuju untuk membayar ganti rugi masing-masing sebanyak RM200,000 yang diputuskan Mahkamah Tinggi kepadanya (Guan Eng).

Guan Eng memperoleh kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada Julai 2019.

 Prosiding berlangsung secara dalam talian. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 minggu yang lalu

Chef Wan Diarah Bayar RM150,000 Kerana Fitnah Bekas Menantu

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Hormati Keputusan Mahkamah Persekutuan, Kedudukan Perlembagaan Persekutuan - Sultan Selangor

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Mahkamah Persekutuan Berhak Batal Undang-Undang Sivil, Syariah Jika Bercanggah Dengan Perlembagaan - Peguam

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Keputusan Kes Nik Elin Tidak Jejas Mahkamah Syariah - Mohd Na'im

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kuota Dan Syarat Semakin Ketat, Sekolah Memandu Kehilangan Tenaga Pengajar

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 1 hari yang lalu

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

Semasa 1 hari yang lalu

Permohonan Daim Pindah Kes Ke Mahkamah Lain Didengar 9 Ogos

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Rampasan Diesel Catat Penurunan - Armizan

oleh Diyana Nawwar