web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Chef Wan Diarah Bayar RM150,000 Kerana Fitnah Bekas Menantu

Mahkamah Rayuan batal keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan kenyataan oleh Cef Wan di media sosial tidak memfitnah Gavin Edward O’Luanaigh.

Selebriti Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2024 8:32AM

Mahkamah Rayuan juga memberikan injunksi berkekalan yang melarang Chef Wan daripada menerbitkan kenyataan fitnah bekas menantunya, Gavin Edward O’Luanaigh. – Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan semalam memerintahkan chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan, membayar ganti rugi RM150,000 kepada bekas menantunya, Gavin Edward O'Luanaigh, berhubung penerbitan berunsur fitnah terhadap O'Luanaigh di platform media sosial.

Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Azizah Nawawi, Datuk Lim Chong Fong dan Datuk Wong Kian Kheong, membenarkan rayuan O'Luanaigh untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang telah memutuskan bahawa kenyataan yang didakwa dibuat oleh chef itu tidak memfitnah O'Luanaigh.

Dalam menyampaikan keputusan mahkamah, Hakim Azizah memerintahkan Chef Wan membayar RM150,000 sebagai ganti rugi am, teruk dan teladan kepada O'Luanaigh dan kos RM40,000 untuk prosiding di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Beliau juga memberikan injunksi berkekalan yang melarang Chef Wan daripada menerbitkan kenyataan fitnah bekas menantunya.

Beliau juga memerintahkan Chef Wan membayar faedah lima peratus setahun atas jumlah penghakiman bermula dari tarikh saman difailkan sehingga tarikh penyelesaian penuh.

Ketika menyampaikan alasan penghakiman, Hakim Kian Kheong berkata, mahkamah mendapati bahawa hantaran dalam laman sosial Instagram dan Facebook oleh Chef Wan telah memfitnah O'Luanaigh.

Beliau juga berkata, chef itu telah melanggar janji kepada mahkamah untuk tidak menyiarkan kenyataan fitnah terhadap O'Luanaigh.

O'Luanaigh yang merupakan seorang warganegara British memeluk Islam pada 20 November 2006 dan menggunakan nama Salahudin Ghafffar.

Beliau berkahwin dengan anak Chef Wan, pelakon Serina Redzuawan pada 2010 sebelum bercerai pada Ogos 2017.

Dia memfailkan saman itu pada Februari 2021 dengan mendakwa bahawa lapan hantaran media sosial oleh bekas bapa mentuanya mengenai dia dan isterinya sekarang dan memfitnah mereka.

Dalam pernyataan pembelaannya, Chef Wan berkata, kenyataan yang disiarkan dalam hantaran itu adalah berdasarkan fakta, komen yang adil, dilindungi oleh keistimewaan mutlak dan layak serta dibuat tanpa niat jahat.

Pada 11 Mei 2023, Mahkamah Tinggi Shah Alam sebahagiannya membenarkan tuntutan O'Luanaigh untuk injunksi bagi menghalang bekas bapa mentuanya daripada menerbitkan sebarang dakwaan libel dan palsu terhadapnya.

Hakim, Rozi Bainon turut memerintahkan Chef Wan menurunkan kelapan-lapan hantaran berkenaan yang menjadi subjek dalam tuntutan saman fitnah tersebut.

Hakim bagaimanapun, berpendapat bahawa kenyataan yang disangkal itu tidak memfitnah O'Luanaigh dan tidak diterbitkan dengan niat jahat.

O'Luanaigh diwakili peguam Nur Khidmah Huzaisham dan Nur Dalilah Zainol Abidin manakala Datuk M. Reza Hassan mewakili Chef Wan. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Pendakwaan Kemukakan 2 Naratif Berbeza Dalam Perbicaraan Kes - Hakim

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Kelucahan Melampau: Bekas Mudir Madrasah Kekal Jalani Hukuman Penjara 13 Bulan

3

Selebriti 5 bulan yang lalu

Chef Wan Kecewa, Mohon Jangan Fitnah

4

Politik 6 bulan yang lalu

Muhammad Sanusi Dilarang Ulang Kenyataan Fitnah Terhadap Anwar

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 4 jam yang lalu

NLKO  Musim Baharu Kekalkan Erra Fazira, Fizo Omar Sebagai Pengacara

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Muzik 1 hari yang lalu

Tiket Untuk Menyaksikan Indonesian Music Festival Dijual Serendah RM188

Festival akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur satukan Kotak, Ifan Seventeen dan Marcello Tahitoe. 

oleh Wartawan Hiburan Getaran