web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pendakwaan Kemukakan 2 Naratif Berbeza Dalam Perbicaraan Kes - Hakim

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2024 4:29PM

Bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes rasuah bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad membabitkan amaun RM3 juta dalam pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak, telah mengemukakan dua naratif berbeza dalam kes mereka.

Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera yang mengetuai panel tiga hakim yang bersidang hari ini ketika membacakan penghakiman itu berkata, dalam pertuduhan dan kenyataan pembukaan dinyatakan bahawa suapan adalah ganjaran untuk membantu meluluskan pembelian MPHS dan dalam perjalanan perbicaraan naratif itu diubah kepada dorongan supaya Mohd Isa tidak campur tangan dalam kontrak pembelian MPHS.

"Kemudian muncul persoalan mengenai elemen mana daripada Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang digunakan hakim perbicaraan untuk menentukan sama ada kes prima facie telah dicapai terhadap perayu. Adakah ia satu daripada suapan atau satu daripada dorongan?

"Pendakwaan tidak boleh menukar peraturan di tengah-tengah perbicaraan. Mereka perlu menepati butiran pertuduhan yang dikemukakan. 

"Pertuduhan pernah diubah sekali tetapi alasan untuk suapan yang dinyatakan dalam pertuduhan asal kekal sama dalam pertuduhan pindaan, dan ia merupakan sebagai ganjaran untuk perayu dalam membantu mendapatkan kelulusan bagi pembelian bangunan itu dan bukannya perasaan takut bahawa perayu akan merosakkan rancangan itu," katanya.

Beliau selanjutnya berkata, bahawa perayu mesti mendapat pemakluman yang mencukupi dalam perkara yang didakwa terhadapnya kerana sebaliknya beliau akan menghadapi prejudis dalam pembelaan, merupakan undang-undang lapuk.

Selain daripada Vazeer Alam, dua lagi hakim yang menganggotai panel itu adalah Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim and Datuk S.M.Komathy Suppiah.

"Selanjutnya apabila dua versi bercanggah dalam kes pendakwaan diajukan mengenai tujuan sebenar suapan, kekaburan yang muncul perlu diselesaikan memihak kepada perayu," kata hakim itu.

Vazeer Alam juga berhujah tiada bukti boleh dipercayai menunjukkan perayu mengarahkan bekas pegawai khasnya Muhammad Zahid Md Arip untuk meminta wang daripada bekas ahli lembaga pengarah syarikat pemaju hartanah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd, Ikhwan Zaidel sebagai ganjaran untuk bantuan perayu mendapatkan kelulusan Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB) bagi pembelian MPHS.

"Sekarang keputusan untuk membeli MPHS pada harga RM160 juta dibuat dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah FICSB ke-10 pada 29 April 2014. Bagaimanapun, menurut Muhammad Zahid permintaan untuk suapan daripada perayu dibuat selepas itu.

"Jika itu benar maka tidak boleh dikatakan suapan itu adalah untuk membantu mendapatkan kelulusan FICSB, kerana peristiwa itu telah pun berlaku dan bantuan perayu tidak diperlukan lagi," katanya.

"Kami mendapati hakim perbicaraan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali (kini Hakim Mahkamah Rayuan) sendiri telah tersalah arah apabila memutuskan bahawa kes prima facie telah dibuktikan berdasarkan bukti daripada Ikhwan bahawa kebimbangan dan ketakutannya terhadap pengaruh perayu sebagai pengerusi dalam penyelesaian kontrak merupakan faktor mengapa beliau memberikan suapan yang memenuhi elemen pertuduhan di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009 apabila pertuduhan itu sendiri menetapkan suapan itu dibayar sebagai ganjaran untuk bantuan perayu mendapatkan kelulusan FICSB bagi pembelian MPHS," katanya.

"Justeru kami mendapati secara keseluruhan sabitan terhadap semua pertuduhan adalah tidak selamat. Kami mendapati wujud merit dalam rayuan dan intervensi diperlukan. Maka rayuan terhadap sabitan dan hukuman kepada semua pertuduhan dibenarkan dan keputusan Mahkamah Tinggi diketepikan. Perayu dilepaskan dan dibebaskan," katanya.

Pada 2018, Mohd Isa menghadapi sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM3.09 juta dalam bentuk tunai daripada Ikhwan Zaidel, yang juga Ahli Lembaga Pengarah, Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB), menerusi bekas pegawai khasnya Muhammad Zahid Md Arip sebagai suapan untuk membantu meluluskan pembelian hotel itu oleh FICSB dengan harga RM160 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Tingkat 49 Menara Felda, Platinum Park, Persiaran KLCC, di sini antara 29 April 2014 hingga 11 Disember 2015 di bawah Seksyen 16(a) (A) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lagi Ditahan Terlibat Kes Rasuah Projek Lebuh Raya Di Lembah Klang

2

Selebriti 2 minggu yang lalu

Chef Wan Diarah Bayar RM150,000 Kerana Fitnah Bekas Menantu

3

Semasa 3 minggu yang lalu

PM Mahu Polis Bertindak Tegas Terhadap Pesalah Rasuah

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Ketua Jabatan Tak Naik Pangkat Jika Gagal Lapor Rasuah - PM

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 6 jam yang lalu

Parti Buruh Britain Dijangka Menang Pilihan Raya

Semasa 1 jam yang lalu

Siasatan Gangguan Seksual Terhadap Wartawan Wanita Di Peringkat Akhir

Semasa 21 jam yang lalu

Kes Rampasan Diesel Catat Penurunan - Armizan

oleh Diyana Nawwar

Semasa 10 jam yang lalu

Rangka Ditemui Di Kebun Durian Disahkan Remaja Hilang Sebulan Lalu