web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kelucahan Melampau: Bekas Mudir Madrasah Kekal Jalani Hukuman Penjara 13 Bulan

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2024 6:19PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Seorang bekas mudir sebuah madrasah di Machang, Kelantan yang sedang menjalani hukuman penjara 13 bulan atas kesalahan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang lelaki di sebuah hotel, hari ini gagal untuk mengetepikan hukuman tersebut.

Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail, sebulat suara menolak permohonan Syamsul Zaman Sukri, 36, bagi mendapatkan kebenaran merayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 21 November 2023.

"Mahkamah mendapati tiada merit dalam permohonan pemohon (Syamsul Zaman). Oleh itu, permohonan kebenaran merayu ditolak," kata Hadhariah itu yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin.

Bekas mudir itu menjalani hukuman penjara pada 21 November 2023 selepas Mahkamah Tinggi Kota Bharu memerintahkannya menjalani hukuman itu serta merta, setelah menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara 13 bulan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret pada 9 Mac 2023.

Memandangkan kes itu berasal dari Mahkamah Majistret, Syamsul Zaman dikehendaki mendapatkan kebenaran terlebih dahulu sebelum meneruskan rayuannya di Mahkamah Rayuan, mengikut Seksyen 50(2) Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Lelaki itu yang digelar 'Ustaz Budak', didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap seorang lelaki berusia 30 tahun, termasuk mencium pipi mangsa di sebuah hotel di Kota Bharu pada 1.15 pagi, 16 Dis 2020, mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun.

Sebelum ini, Syamsul Zaman didakwa atas lebih 10 kes membabitkan jenayah seksual terhadap beberapa lelaki termasuk pelajarnya dan kes itu masih di peringkat perbicaraan.

Terdahulu, peguam Ahmad 'Adha 'Amir Yasser Amri yang mewakili Syamsul Zaman berhujah terdapat percanggahan keterangan berhubung masa kejadian dan pihak pendakwaan gagal membuktikan secara tepat masa berlakunya kejadian kelucahan melampau, seperti dalam pertuduhan.

"Ini kerana pengadu yang juga mangsa dalam laporan polisnya menyatakan pada 1.15 pagi, beliau baru tiba di perkarangan hotel miliknya bersama pemohon (Syamsul Zaman).

"Selain itu, terdapat keterangan saksi pendakwaan yang menyatakan bahawa pengadu tidak berada di dalam bilik hotel, pada masa seperti mana pertuduhan," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Noorhisham Mohd Jaafar berhujah walaupun terdapat percanggahan keterangan, namun Majistret mempertimbangkan keterangan itu dan mendapati percanggahan tersebut tidak bersifat material.

"Elemen yang penting di dalam kes ini ialah perlakuan seksual dan identiti pelaku. Pemohon mengaku berada di tempat kejadian, namun tindakannya menafikan perbuatan yang dilakukan merupakan penafian semata-mata," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 minggu yang lalu

Chef Wan Diarah Bayar RM150,000 Kerana Fitnah Bekas Menantu

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Pendakwaan Kemukakan 2 Naratif Berbeza Dalam Perbicaraan Kes - Hakim

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Kes Dadah: Mahkamah Tolak Rayuan Bekas Penghantar Barang, Hukuman 20 Sebatan Kekal

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Editor Sarawak Report, 2 Lagi Diperintah Bayar RM300,00 Kerana Fitnah Sultanah

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Faisal Mula Jalani Fisioterapi Intensif Untuk Pulihkan Fungsi Tangan Kiri

Semasa 22 jam yang lalu

Majlis Profesor Negara Nafi Salah Guna Dana

Semasa 22 jam yang lalu

3 Pengendali Makanan Dikenal Pasti Punca Penularan Tifoid Di Kota Bharu

Semasa 1 hari yang lalu

Agong Terima Menghadap Sheikh Al-Azhar