web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kes Dadah: Mahkamah Tolak Rayuan Bekas Penghantar Barang, Hukuman 20 Sebatan Kekal

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2023 8:09PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Seorang bekas penghantar barang gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan supaya  hukuman 10 sebatan yang dijatuhkan ke atasnya bagi dua kesalahan memiliki dadah berjalan serentak.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim dalam keputusan sebulat suara menolak rayuan Mohammad Syukran Ramli, 28, dan mengekalkan keputusan panel itu sebelum ini supaya hukuman 10 sebatan itu berjalan secara berasingan.

Ini bermakna  Mohammad Syukran akan menerima 20 sebatan.

"Mahkamah mendapati bahawa tiada sebab untuk mahkamah menggunakan kuasa budi bicara membenarkan hukuman sebatan berjalan serentak. Sehubungan itu, rayuan perayu ditolak," kata Hasnah yang turut bersidang bersama Hakim Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Abu Bakar Jais.

Pada 21 November lalu, panel itu menjatuhkan hukuman penjara masing-masing 10 tahun dan 10 sebatan terhadap Mohammad Syukran atas dua kesalahan memiliki dadah selepas menggantikan hukuman mati kepada hukuman penjara berikutan Jabatan Peguam Negara menerima representasi dikemukakan lelaki itu.

Mohammad Syukran didakwa atas dua pertuduhan, iaitu memiliki dadah jenis heroin dan monoacetylmorphines seberat 22.0 gram serta 76.61 gram methamphetamine di hadapan Balai Polis Telemong, Bentong, Pahang pada 10.45 malam, 5 April 2018.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan boleh dikenakan sebatan tidak kurang 10 sebatan.

Mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara serentak dari tarikh tangkap pada 5 April 2018, manakala hukuman sebatan dijalankan secara berasingan.

Pada 12 Ogos 2020, Mohammad Syukran dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Temerloh selepas didapati bersalah mengedar dadah mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya dan sabitan serta hukuman itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada 29 Ogos 2022.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Datin Asmah Musa, yang memohon supaya hukuman sebatan dijalankan secara berasingan berkata, hukuman itu dapat memberi mesej pencegahan kepada pesalah serta menghalang mereka daripada mengulangi kesalahan sama pada masa depan.

Peguam Muhammad Amirrul Jamaluddin mewakili Mohammad Syukran pula memohon supaya hukuman 10 sebatan dapat diberikan secara serentak terhadap anak guamnya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 minggu yang lalu

Chef Wan Diarah Bayar RM150,000 Kerana Fitnah Bekas Menantu

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Penghantar Barang Ditahan Bersama 41.28kg Dadah, 300 Botol Vape Mengandungi Ganja

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Pendakwaan Kemukakan 2 Naratif Berbeza Dalam Perbicaraan Kes - Hakim

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Kelucahan Melampau: Bekas Mudir Madrasah Kekal Jalani Hukuman Penjara 13 Bulan

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Al Azhar Main Peranan Siginifikan Dalam Dunia Islam - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Rangka Ditemui Di Kebun Durian Disahkan Remaja Hilang Sebulan Lalu

Luar Negara 13 jam yang lalu

Parti Buruh Britain Dijangka Menang Pilihan Raya

Politik 9 jam yang lalu

PRK Sungai Bakap: ‘Pengundi Muda Tolong Keluar Mengundi’ - PH

oleh Wartawan Getaran