web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Penghantar Barang Ditahan Bersama 41.28kg Dadah, 300 Botol Vape Mengandungi Ganja

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2024 12:34PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Seorang penghantar barang ditahan bersama 41.28 kilogram (kg) dadah jenis ganja dan 300 botol vape, turut dipercayai mengandungi cecair ganja dianggarkan bernilai RM130,971 di kawasan Rehat dan Rawat Ayer Keroh di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke selatan pada 24 Mac lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, lelaki berumur 45 tahun itu ditahan kerana dipercayai terlibat dalam sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah, dalam serbuan yang dilakukan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka pada jam 1.35 tengah hari.

Beliau berkata, lelaki berkenaan ditahan selepas risikan lebih sebulan dilakukan terhadap pergerakannya yang berperanan sebagai pengedar dadah di sekitar Melaka sejak awal tahun lalu.

"Ketika serbuan dilakukan, suspek berada seorang diri dan pemeriksaan terhadap van yang dipandu mendapati kesemua dadah terbabit disimpan di dalam bonet.

"Dadah yang dirampas termasuk dalam bentuk cecair yang dijual di dalam botol vape itu dipercayai boleh digunakan sebanyak 206,405 penagih dadah dan vape berkenaan dipercayai turut dijual kepada golongan pelajar," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

gambar BERNAMA
gambar BERNAMA

Beliau berkata, semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah, manakala ujan air kencing yang dilakukan adalah negatif.

Katanya, suspek ditahan reman selama tujuh hari hingga 30 Mac bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup.

Dalam pada itu, Zainol berkata, masyarakat diharap dapat terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah di kawasan masing-masing di sekitar negeri itu kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Melaka melalui talian 012-2087222. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Penemuan Pergelangan Tangan Manusia: Gaduh Rebut Kawasan Dadah Dipercayai Punca Kejadian

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Perlu Ada Keseimbangan Pada Peraturan Baharu Vape - Panel

3

Semasa 3 minggu yang lalu

APMM Rampas Dadah Terapung Di Laut

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Nelayan, Pembantu Kedai Makan Didakwa Edar Lebih 21Kg Dadah

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Sukan 5 jam yang lalu

Negeri Sembilan FC Sahkan Pemain Import Mika Junco Jadi Mangsa Ragut

Semasa 1 hari yang lalu

Gantung Lesen Agensi Pelancongan Terbabit Kemalangan Di Genting Highlands Jika Perlu - Menteri

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

‘Syed Husin Guru Luar Biasa, Tinggalkan Pengetahuan Yang Sangat Besar’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

Piala FA: JDT Sebelah Kaki Ke Separuh Akhir