web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Editor Sarawak Report, 2 Lagi Diperintah Bayar RM300,00 Kerana Fitnah Sultanah

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2023 11:43AM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dan dua yang lain membayar ganti rugi RM300,000 kepada Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah kerana memfitnah baginda.

Panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail, Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azhahari Kamal Ramli membenarkan rayuan Sultanah Nur Zahirah untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober lalu yang menolak saman baginda terhadap Rewcastle-Brown, penerbit Gerakbudaya Enterprise Chong Ton Sin dan syarikat percetakan Vinlin Press Sdn Bhd.

Dalam keputusan mahkamah yang disampaikan secara dalam talian itu Hakim Azhahari berkata, kenyataan dalam buku bertajuk 'The Sarawak Report-The Inside IMDB Expose' adalah fitnah terhadap Sultanah.

Beliau berkata, mahkamah juga mendapati Chong serta syarikat percetakan Vinlin Press bertanggungjawab bersama kerana memfitnah Sultanah dan memerintahkan ketiga-tiga responden untuk bersama-sama membayar ganti rugi RM300,000 kepada Sultanah Nur Zahirah.

Beliau turut mengarahkan Rewcastle-Brown, Chong dan Vinlin Press membayar kos RM120,000 kepada Sultanah Nur Zahirah.

Pada 21 November 2018, Sultanah Nur Zahirah memfailkan saman fitnah dengan menamakan Rewcastle-Brown, Penerbit Gerakbudaya Enterprise, Chong Ton Sin dan syarikat percetakan, Vinlin Press Sdn Bhd, selaku defendan pertama hingga ketiga, mendakwa mereka telah menfitnah baginda menerusi sebuah buku bertajuk 'The Sarawak Report-The inside Story of the 1MDB Expose'.

Baginda mendakwa kenyataan berbaur fitnah itu antara lain bermaksud baginda terlibat dalam amalan rasuah dan mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri Terengganu, selain menggunakan status baginda untuk mempengaruhi penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) yang kemudian dikenali sebagai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sultanah Nur Zahirah juga mendakwa kenyataan itu membawa maksud baginda membantu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, menjadi penasihat TIA.

Dalam pernyataan tuntutan, baginda menuntut ganti rugi am RM100 juta daripada setiap responden dan juga perintah supaya penerbit menarik balik buku yang didakwa mengandungi kenyataan fitnah itu serta pencetak berhenti mencetak buku berkenaan.

Dalam keputusan mahkamah, Hakim Azhahari berkata, mahkamah berpandangan bahawa pada masa penerbitan buku berkenaan, kenyataan yang terkandung dalam buku itu dianggap bertujuan mendedahkan Sultanah kepada kebencian, cemuhan atau penghinaan.

Beliau berkata, ini dapat dilihat daripada komen negatif yang disiarkan oleh pengulas dalam portal berita Malaysiakini, yang ditujukan kepada Sultanah Nur Zahirah berhubung dakwaan berlaku amalan rasuah olehnya.

“Ini jelas menunjukkan reputasi perayu telah dicemuh dan dihina sebagai seorang yang terlibat dalam amalan rasuah itu, katanya.

Hakim Azhahari berkata dalam menilai ganti rugi, mahkamah mengambil kira beberapa perkara termasuk fakta bahawa Rewcastle-Brown telah mengakui bahawa terdapat kesilapan tidak disengajakan ​​di pihaknya semasa menulis kenyataan itu pada 2018.

Beliau berkata, Rewcastle-Brown mengakui bahawa Sultanah sebenarnya tidak memperkenalkan Jho Low kepada Sultan, sebaliknya ia adalah saudara perempuan Sultan, dan menambah bahawa dia (Rewcastle-Brown) tidak memohon maaf kepada Sultanah pada bila-bila masa sebelum saman itu difailkan terhadapnya di Mahkamah Tinggi.

Beliau berkata, perayu adalah Sultanah Terengganu, baginda terkenal dalam kalangan rakyat, dan kenyataan (dalam buku berkenaan) jelas akan mencemarkan imejnya.

Peguam A. Vishnu Kumar dan Datuk Mohd Haaziq Pillay Abdullah mewakili Sultanah, manakala responden diwakili peguam Americk Sidhu dan Mervyn Lai. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 minggu yang lalu

Chef Wan Diarah Bayar RM150,000 Kerana Fitnah Bekas Menantu

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pendakwaan Kemukakan 2 Naratif Berbeza Dalam Perbicaraan Kes - Hakim

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Kelucahan Melampau: Bekas Mudir Madrasah Kekal Jalani Hukuman Penjara 13 Bulan

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Kes Dadah: Mahkamah Tolak Rayuan Bekas Penghantar Barang, Hukuman 20 Sebatan Kekal

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Belia, NGO Perlu Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa - PM

Semasa 9 jam yang lalu

Allahyarham Mansor Puteh Pernah Derma Darah 631 Kali

Semasa 1 hari yang lalu

Audit HRD Corp: SPRM Kenal Pasti Bebeapa Individu Untuk Bantu Siasatan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 6 jam yang lalu

Pertabalan Agong: Sultan Brunei Berkenan Berangkat, Serlah Hubungan Akrab Dengan Malaysia