web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Allahyarham Mansor Puteh Pernah Derma Darah 631 Kali

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2024 10:05AM

Allahyarham Mansor Puteh meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Alam Damai, Cheras pada pagi Ahad. – Gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pengarah filem Allahyarham Mansor Puteh yang meninggal dunia pada semalam merupakan seorang penderma darah tegar. 

Perkara ini dikongsikan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad melalui satu hantaran di laman X beliau.

“Pusat Darah Negara, KKM (Kementerian Kesihatan) rakam takziah Allahyarham Mansor bin Puteh, kembali ke Rahmatullah 7 Julai 2024.

“Insan mulia ini menderma darah sebanyak 631 kali sepanjang hayatnya” tulisnya.

Dr Dzulkefly juga mengakhiri hantarannya dengan memetik sepotong Hadith, “Terbaik dari kamu, yang paling banyak beri manfaat kepada orang lain.”

Allahyarham Mansor Puteh meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Alam Damai, Cheras pada pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kemalangan itu berlaku kira-kira jam 10.10 pagi. 

"Kami percaya mangsa berusia 71 tahun hilang kawalan kenderaannya sebelum melanggar pembahagi jalan. Dia mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Dia memandu Proton Iswara dan bersendirian di dalam kenderaan ketika kemalangan itu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sarifudin berkata, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Allahyarham Mansor pernah mengarahkan filem Seman pada 1988 dan menghasilkan dokumentari berdurasi 48 minit mengenai Tunku Abdul Rahman bertajuk Residency Years. – Getaran, 8 Julai, 2024
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Bangunan Baharu Hospital Sungai Bakap Bakal Dibina - Dr Dzulkefly

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Gempa Bumi: Raja Maghribi Lawat Mangsa Cedera, Berkenan Derma Darah

3

Politik 1 tahun yang lalu

PRU-15: PH Johor Umum 26 Calon Kerusi Parlimen 3 November

4

Politik 1 tahun yang lalu

Dzulkefly Sah Pertahan Parlimen Kuala Selangor - AMANAH

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia