web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dzulkefly Sah Pertahan Parlimen Kuala Selangor - AMANAH

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2022 1:12PM

DR Dzulkefly Ahmad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (AMANAH) mengesahkan penyandang Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad akan mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, kepimpinan AMANAH dan Pakatan Harapan (PH) mahu mantan Menteri Kesihatan itu kekal bertanding di kerusi yang pernah dimenanginya pada Pilihan Raya Umum 2018 dan 2008.

“Setelah UMNO mahu meletakkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, sebagai calon mereka di Parlimen Kuala Selangor, kami pimpinan AMANAH dan juga PH mahu beliau bertanding untuk mempertahankan kerusi ini sekali lagi.

“Ini kerana, bagi kami, PRU-15 in adalah sangat kritikal dan serius. Setiap kerusi adalah penting untuk dimenangi oleh PH,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Salahuddin, kepimpinan parti yakin Dzulkefly mampu mempertahankan kerusi tersebut berdasarkan prestasi kerjanya selama ini.

“Rakyat Kuala Selangor tahu kegigihan beliau membantu rakyat, di samping tugasan beliau di peringkat Selangor dan juga sebagai mantan Menteri Kesihatan sebelum ini.

“Saya mendoakan kejayaan beliau untuk pilihan raya kali ini dan kita sama- sama sekali lagi melaksanakan amanah rakyat untuk negara,” katanya.

Dzulkefly pertama kali memenangi kerusi Parlimen Kuala Selangor pada 2008, menundukkan calon BN, Datuk Irmohizam Ibrahim dengan 460 undi.

Pada waktu itu, beliau bertanding atas tiket PAS yang juga sekutu DAP dan PKR.

Namun beliau tewas pada PRU-13 tetapi berjaya merampas kembali kerusi tersebut pada 2018 atas tiket AMANAH dengan majoriti 8,498 undi. - Getaran, 20 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Allahyarham Mansor Puteh Pernah Derma Darah 631 Kali

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Bangunan Baharu Hospital Sungai Bakap Bakal Dibina - Dr Dzulkefly

3

Politik 8 bulan yang lalu

Mahfuz, Dr Hatta Dilantik Naib Presiden AMANAH

4

Politik 9 bulan yang lalu

Pilihan Raya PBT Perlu Beri Situasi Menang-Menang - Mohamad Sabu

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia