web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bangunan Baharu Hospital Sungai Bakap Bakal Dibina - Dr Dzulkefly

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2024 1:03PM

Dr Dzulkefly Ahmad ketika melawat Hospital Sungai Bakap semalam. – Gambar Facebook KKM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NIBONG TEBAL – Sebuah hospital baharu bakal dibina bersebelahan Hospital Sungai Bakap yang berusia 130 tahun bagi menampung jumlah pesakit yang kian bertambah dan menaik taraf kemudahan kesihatan sedia ada di kawasan itu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ketika melawat Sungai Bakap semalam berkata, Jabatan Kesihatan Pulau Pinang sedang dalam proses memohon hak milik tanah.

“Kita sekarang dalam fasa mendapatkan dana. Hospital baharu ini perlu perlu memandangkan jumlah penduduk semakin bertambah di daerah Seberang Perai selatan. 

“Kementerian Kesihatan sentiasa mengutamakan usaha untuk menangani isu kemudahan yang tidak mencukupi, ketidakpadanan sumber merentasi pelbagai peringkat perkhidmatan, dan pembiayaan penjagaan kesihatan yang tidak mampan,” katanya seperti dilapor The Star hari ini.

Menteri itu juga berkata hospital lama itu akan menjalani beberapa kerja baik pulih termasuk kuarters kakitangan yang akan ditukar menjadi Klinik Pergigian Sungai Bakap.

Kerja-kerja menaik taraf telah dijalankan sejak 26 Mac dan dijadualkan siap pada 26 Ogos.

Pada masa ini klinik pergigian beroperasi di tingkat dua hospital tersebut.

Dalam lawatannya semalam, Dr Dzulkefly turut merasmikan Jabatan Kecemasan yang baru dinaik taraf di Hospital Sungai Bakap.

Beliau berkata, projek menaik taraf itu dilakukan bagi mengoptimumkan ruang yang sebelum ini menempatkan Jabatan Pesakit Luar yang kini dipindahkan ke Klinik Kesihatan Sungai Bakap.

Wad saringan baharu juga ditambah ke Jabatan Kecemasan menggantikan wad lama yang dipasang di khemah sementara di luar bangunan hospital.

Dr Dzulkefly seterusnya menolak dakwaan bahawa lawatannya ke hospital itu sebagai gimik pilihan raya memandangkan Sungai Bakap akan mengadakan pilihan raya kecil (PRK) pada 6 Julai ini. Semalam adalah hari penamaan calon.

“Rancangan melawat hospital itu dibuat setahun lalu sebelum tarikh PRK diumumkan. Kebetulan minggu ini saya berada di Pulau Pinang.

“Saya hanya menunaikan tanggungjawab sebagai menteri kesihatan. Tiada apa yang saya tawarkan kecuali melibatkan diri dengan pihak Jabatan Kesihatan Pulau Pinang dan Hospital Sungai Bakap,” katanya. – The Malaysian Insight, 23 Jun, 2024.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Allahyarham Mansor Puteh Pernah Derma Darah 631 Kali

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRU-15: PH Johor Umum 26 Calon Kerusi Parlimen 3 November

3

Politik 1 tahun yang lalu

Dzulkefly Sah Pertahan Parlimen Kuala Selangor - AMANAH

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia