web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRU-15: PH Johor Umum 26 Calon Kerusi Parlimen 3 November

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2022 5:30PM

Kepimpinan parti akan menentukan calon, kerana PRU-15 agak kritikal. - Gambar Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISKANDAR PUTERI - Pakatan Harapan (PH) Johor, akan mengumumkan senarai calon yang akan bertanding di 26 kerusi parlimen di Johor bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), pada 3 Nov di Johor Bahru, menurut Timbalan Pengerusi Amanah Johor Dzulkefly Ahmad.

“Kita sudahpun selesai pembahagian kerusi dan kita serahkan kepada kepimpinan parti atas kebijaksanaan mereka untuk menentukan calon, sebab PRU-15 agak kritikal.

“Semua parti ada pengalaman jadi kerajaan. ‘Calon boleh menang’ juga antara faktor penentu kemenangan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Taklimat ‘Training of Trainers’ Petugas Parti Politik Bagi PRU-15 Negeri Johor, di bangunan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) di sini hari ini.

Ditanya sama ada Timbalan Presiden Amanah Datuk Seri Salahuddin Ayub bakal mempertahankan kerusi Parlimen Pulai yang dimenanginya pada 2018, Dzulkefly berkata menjadi amalan biasa bagi pihaknya untuk mencalonkan semula individu tersebut, dalam pilihan raya berikutnya.

Pada PRU14, Salahuddin yang juga Pengerusi PH Johor menang kerusi Parlimen Pulai dengan majoriti 7,687 undi, dalam persaingan empat penjuru.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRU-15 pada 19 November ini, penamaan calon pada 5 November manakala pengundian awal pada 15 November. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Allahyarham Mansor Puteh Pernah Derma Darah 631 Kali

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Bangunan Baharu Hospital Sungai Bakap Bakal Dibina - Dr Dzulkefly

4

Politik 5 bulan yang lalu

Pengundi Semakin Bijak, Sudah Cekap Lihat Warna Sebenar Ahli Politik - Aktivis

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia