web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gempa Bumi: Raja Maghribi Lawat Mangsa Cedera, Berkenan Derma Darah

Luar Negara Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 Sep 2023 6:02PM

Raja Maghribi, Mohammed VI menderma darah bagi membantu mangsa gempa bumi. gambar Facebook MAP Agency

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Raja Maghribi, Mohammed VI melawat mangsa gempa bumi yang cedera di Hospital Universiti 'Mohammed VI' di Marrakesh pada Selasa, selain berkenan mendermakan darah baginda buat pesakit berikutan gempa bumi Al-Haouz berukuran 7 magnitud yang melanda negara itu pada Jumaat lalu.

Menurut teks yang dikongsi oleh Kedutaan Maghribi melalui aplikasi WhatsApp di Kuala Lumpur, baginda bertanyakan mengenai keadaan mangsa yang cedera dalam lawatan itu.

"Inisiatif diraja ini memberikan sokongan moral yang besar kepada mangsa tercedera dan keluarga mereka, yang memperkuat pelbagai inisiatif dan langkah-langkah yang diambil, selaras dengan Arahan Diraja Tinggi untuk menyelamatkan, membantu, dan menyokong mereka yang terjejas akibat gempa bumi," menurut teks itu.

Kira-kira 2,171 mangsa sudah dimasukkan ke hospital di wilayah Marrakesh-Safi, termasuk 484 cedera parah, manakala 1,570 lagi cedera ringan. Sebanyak 248 daripada mereka masih dirawat di hospital.

Semasa lawatan itu, Raja Mohammed VI turut berkenan menderma darahnya, satu isyarat yang menyatakan solidariti penuh dan belas kasihan baginda kepada rakyat semasa ditimpa kesusahan dan musibah.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, Kementerian Dalam Negeri Maghribi berkata angka kematian akibat gempa bumi yang menggegarkan negara Afrika Utara itu pada lewat Jumaat sudah meningkat kepada 2,854 orang.

Ia adalah gempa bumi paling kuat melanda Maghribi pada abad lalu, menurut Institut Geofizik Kebangsaannya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Gempa Bumi Kuat Landa Mindanao, Gegaran Dirasai Sekitar Sabah, Labuan

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Allahyarham Mansor Puteh Pernah Derma Darah 631 Kali

3

Luar Negara 6 bulan yang lalu

Gempa Bumi Magnitud 4.8 Gegarkan New Jersey, New York

4

Luar Negara 9 bulan yang lalu

Gempa Bumi: Pihak Berkuasa Jepun Masih Kesan 51 Orang Yang Dilaporkan Hilang

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia