web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Rampasan Heroin Lebih 5kg, 5 Lelaki Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2021 2:14PM

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat bersama sebahagian daripada dadah yang akan dilupuskan selepas sidang akhbar di IPK Kedah hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Polis Kedah menahan lima lelaki serta merampas ketulan mampat heroin seberat 5.21 kilogram (kg) bernilai RM491,972, dalam serbuan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di Sungai Petani, kelmarin.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, polis pada mulanya menahan dua lelaki berusia 21 tahun kira-kira jam 4.40 petang yang menaiki sebuah kereta di tepi jalan, Taman Cindai Jaya dan menemukan ketulan mampat heroin base seberat 2.97 kg serta serbuk kimia seberat kira-kira 26kg.

Menurut beliau, pihaknya tidak lama kemudian menahan pula seorang lelaki berusia 29 tahun yang menaiki sebuah motosikal serta seorang lelaki berumur 33 tahun, menaiki kereta jenis Perodua Myvi di lokasi sama.

“Susulan penahanan itu, polis menjalankan pemeriksaan di sebuah rumah di Taman Raja. Di situ, kami menemui ketulan mampat heroin dibaluti plastik lut sinar dan kertas minyak seberat kira-kira 2.24 kg.

“Selain itu, pihak kami turut menahan suspek kelima berusia 36 tahun yang bekerja sebagai tukang paip setelah menahan kereta dinaikinya di depan sebuah rumah di Taman Ria Jaya bagi membantu siasatan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, hari ini.

Tambahnya, kesemua dadah tersebut dipercayai untuk dipasarkan di utara tanah air dan jika terlepas ke pasaran, ia mampu digunakan  lebih sejuta penagih.

Petugas syarikat swasta memasukkan dadah-dadah yang akan dilupuskan ke dalam guni selepas sidang akhbar di IPK Kedah, hari ini.
Petugas syarikat swasta memasukkan dadah-dadah yang akan dilupuskan ke dalam guni selepas sidang akhbar di IPK Kedah, hari ini.

Kesemua suspek direman selama seminggu hingga 18 Oktober depan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Kamarul Zaman berkata, pihaknya hari ini turut membawa sejumlah dadah bernilai lebih RM2 juta ke pusat pelupusan di Bukit Pelanduk, bagi dihapuskan mengikut piawaian ditetapkan.

Katanya, semua dadah tersebut melibatkan sejumlah 3,512 kertas siasatan antara 2014 hingga 2020 yang telah dibicara dan dijatuh hukum di mahkamah.

Mengulas mengenai pergerakan masuk ke negeri ini bermula Isnin lalu, Kamarul Zaman berkata, sebanyak 80,000 kenderaan didapati merentas masuk ke Kedah pada hari pertama orang ramai dibenarkan berbuat demikian iaitu 11 Oktober lalu.

“Jumlah itu dijangka meningkat pada hujung minggu ini kepada antara 100,000 hingga 120,000 kenderaan.

“Orang ramai dialu-alukan untuk masuk ke negeri ini terutamanya mereka yang ingin pulang ke kampung. Namun diingatkan, mereka perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan termasuk sudah melengkapkan dua dos vaksin,” katanya.

Tambahnya, ketika ini terdapat 73 pasukan pemantau di seluruh Kedah yang akan menjalankan pemantauan di beberapa kawasan antaranya kawasan rehat dan rawat (R&R), pusat peranginan serta kawasan orang ramai berkumpul. - Getaran 13 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lelaki Ditembak Mati Dipercayai Dalam Perjalanan Lakukan Jenayah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Penemuan Pergelangan Tangan Manusia: Gaduh Rebut Kawasan Dadah Dipercayai Punca Kejadian

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pelaburan Kripto ‘Kakaue’ Perdaya Mangsa Di Facebook - JSJK

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Gaduh Awal Pagi, Warga Indonesia Maut

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Agong Terima Menghadap Sheikh Al-Azhar

Semasa 1 hari yang lalu

Al Azhar Main Peranan Siginifikan Dalam Dunia Islam - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

Sukan 1 hari yang lalu

Faisal Mula Jalani Fisioterapi Intensif Untuk Pulihkan Fungsi Tangan Kiri