web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Monsun Timur Laut, Jangkaan Banjir November Hingga Januari

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2021 4:30PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Empat hingga enam episod hujan lebat signifikan yang boleh menyebabkan banjir dijangka berlaku dalam fasa awal Monsun Timur Laut bermula November sehingga Januari tahun depan.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, pihaknya menjangkakan episod hujan lebat disebabkan Monsun Timur Laut itu terbahagi kepada dua peringkat.

“Episod hujan lebat itu dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang pada bulan November hingga Disember, manakala mulai Disember hingga Januari 2022, ia dijangka tertumpu di Johor, Sabah dan Sarawak.

“Bagaimanapun, ketika luruan udara sejuk yang kuat, ia juga boleh mempengaruhi keadaan cuaca negeri di Pantai Barat Semnanjung Malaysia,” katanya.

Muhammad Helmi berkata, jangkaan jumlah hujan tertinggi ketika Monsun Timur Laut 2021/2022 adalah pada November dan Disember 2021 di negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

“Pada November dan Disember, Kelantan dan Terengganu dijangka menerima taburan hujan melebihi purata iaitu antara 450 mm hingga 1,000 mm.

“Pada Januari hingga Mac 2022, secara amnya semua negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dijangka menerima hujan pada paras purata.

“Bagaimanapun, di pedalaman dan barat Sarawak serta timur Sabah yang dijangkakan menerima hujan melebihi purata pada Januari iaitu antara 350 mm hingga 950 mm,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan komited dalam usaha meningkatkan kesiapsiagaan bersama agensi pengurusan bencana dan masyarakat dalam menghadapi impak banjir yang kerap melanda negara, terutamanya ketika musim tengkujuh. - Getaran, 13 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia