web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Transformer Terbakar, 10 Kawasan JB Alami Gangguan Bekalan Air

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 Oct 2021 5:25PM

Loji Air Semanggar terbakar semalam menyebabkan 200 kawasan di Johor terjejas. - Gambar dari JBPM Negeri Johor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Sebanyak 10 kawasan dijangka mengalami gangguan bekalan air berikutan kerosakan 'transformer' di Loji Rawatan Air (LRA) Semangar akibat terbakar petang semalam. 

Jurucakap Ranhill SAJ berkata, ia melibatkan Senai, Skudai, Pulai, Austin, Sedenak, Seelong, Kempas, Kulai, Gelang Patah dan Nusajaya. 

"LRA Semangar terhenti operasi akibat kerosakan unit 'transformer' kerana kebakaran. 

"Keadaan ini mengakibatkan berlaku gangguan bekalan air luar jangka di beberapa kawasan," katanya. 

Jurucakap itu berkata, pihaknya sedang sedaya upaya menyelesaikan masalah yang berlaku bagi memastikan kawasan terjejas menerima bekalan air bersih secara berperingkat. 

"Berdasarkan maklumat terkini, anggaran tempoh pemulihan berkalan air adalah selama 12 jam selepas loji beroperasi semula dengan kapasiti penuh, sekiranya kerosakan berjaya dibaiki dalam masa terdekat,” katanya.

Anggota Bomba memadam kebakaran di Loji Rawatan Air (LRA) Semangar. - Gambar dari JBPM Negeri Johor
Anggota Bomba memadam kebakaran di Loji Rawatan Air (LRA) Semangar. - Gambar dari JBPM Negeri Johor

Dalam insiden jam 2.57 petang itu,  Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi bertindak pantas memadamkan kebakaran bilik 'transformer' berkenaan sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 2.57 petang semalam. 

Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Azman Jantan berkata, 12 anggota diarahkan ke lokasi kejadian.

"Kebakaran membabitkan 80 peratus kawasan bilik 'transformer' berkenaan dan ia mengakibatkan kesan gejala pada bilik terbabit. 

"Api berjaya dikawal dan dipadamkan sebelum operasi ditamatkan pada jam 4.45 petang," katanya yang juga Ketua BBP Kota Tinggi. 

Menurut beliau, tiada nyawa terkorban dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan. - Getaran, 13 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia