web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Petronas Ambil Tindakan Batalkan Waran Tangkap Di Sudan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2021 8:05PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sedang mengambil tindakan perundangan untuk membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan kepada bekas pegawainya berkaitan dakwaan kesatuan sekerja terhadap PetroDar Operating Company (PDOC) di Sudan yang syarikat minyak negara itu mempunyai kepentingan. 

Dalam satu kenyataan hari ini, Petronas berkata peguam luar PDOC sedang dalam proses membatalkan waran tangkap itu.

Menurut satu laporan berita, kerajaan peralihan Sudan telah mengeluarkan waran tangkap terhadap pengurus cawangan Petronas selain daripada pelabur asing lain dengan dakwaan terlibat dalam rasuah yang boleh menjejaskan hubungan dua hala di masa hadapan. 

Petronas berkata tindakan perundangan itu tidak berkaitan dengan prosiding undang-undang untuk menuntut kembali hak ke atas tanah dan Kompleks Petronas di Khartoum, yang ia telah memfailkan permohonan untuk timbang tara di Pusat Antarabangsa bagi Penyelesaian Pertikaian Pelaburan (ICSID).

“Memandangkan proses perundangan sudah bermula, Petronas tidak boleh memberikan maklumat lanjut mengenai kedua-dua isu,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia