web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dos Penggalak Vaksin Untuk Warga Emas, Barisan Hadapan Akan Dimulakan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2021 8:06PM

Dos penggalak COVID-19 akan diberikan kepada warga emas dan anggota barisan hadapan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) akan memulakan dos penggalak vaksin COVID-19 bagi warga emas dan anggota barisan hadapan yang telah menerima dos lengkap sekurang-kurangnya enam bulan lepas, kata Menterinya Khairy Jamaluddin.

"Individu yang layak akan dimaklumkan melalui aplikasi MySejahtera. Bagi individu yang tidak mempunyai aplikasi MySejahtera, pemakluman akan dibuat melalui pesanan ringkas atau panggilan telefon oleh pusat pemberian vaksin (PPV)," katanya. 

Dos penggalak merupakan dos tambahan yang perlu diberikan kepada seseorang yang belum mendapat perlindungan mencukupi selepas vaksinasi lengkap namun perlindungan tersebut menurun dari semasa ke semasa.

Khairy dalam satu kenyataan hari ini berkata pemberian dos penggalak dilakukan secara sukarela dan percuma di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

"Objektif pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 adalah untuk memastikan tempoh perlindungan yang optimum diperoleh oleh penerima vaksin COVID-19 di Malaysia," katanya.

Mengenai pelaksanaan pemberian dos penggalak vaksin itu, Khairy berkata klinik swasta akan memberikan vaksin kepada anggota barisan hadapan serta warga emas berumur 60 tahun dan ke atas.

Fasiliti kesihatan kerajaan pula akan memberikan vaksin kepada anggota kesihatan masing-masing manakala fasiliti kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi anggota barisan hadapan ATM, katanya.

Beliau berkata anggota kesihatan swasta boleh mendapatkan dos penggalak daripada fasiliti masing-masing bergantung kepada persetujuan Jabatan Kesihatan Negeri.

Khairy berkata pemberian dos penggalak akan melibatkan penerima dos lengkap vaksin Comirnaty keluaran syarikat Pfizer-BioNTech dahulu dan individu terbabit akan menerima vaksin yang sama (Comirnaty).

Ini kerana hanya vaksin Comirnaty yang telah mendapat kelulusan bersyarat oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada 8 Okt lepas, katanya.

Khairy berkata pemberian dos tambahan pula akan diberikan kepada individu yang mempunyai imuniti  rendah seperti pesakit kanser, penerima organ dan pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan dialisis memandangkan pemberian dos lengkap tidak cukup untuk memberikan perlindungan optimum kepada mereka.

"Dos tambahan ini diberikan sekurang-kurangnya 28 hari selepas penerimaan dos lengkap vaksin COVID-19," katanya.

Pemilihan vaksin bergantung kepada kelulusan indikasi penggunaan oleh pakar perubatan merawat serta bekalan vaksin yang tersedia sama ada daripada jenis yang sama (homologous) atau berlainan (heterologous) dengan dos terakhir, katanya.

"Pemberian dos tambahan ini akan diberikan di fasiliti kesihatan terpilih di bawah pemantauan pakar perubatan," katanya.

Khairy berkata KKM juga merancang untuk memulakan kajian pemberian dos penggalak bagi jenis vaksin yang berlainan.

Kajian itu akan dilaksanakan di Sarawak bulan depan yang juga akan diperluaskan ke negeri lain selepas mendapat kelulusan oleh Jawatankuasa Etika Penyelidikan Perubatan (MREC), katanya.

"KKM memberi jaminan sekali lagi bahawa bekalan vaksin di Malaysia mencukupi bagi perlaksanaan pemberian dos tambahan dan dos penggalak vaksin COVID-19," katanya yang menggalakkan individu yang layak supaya mengambilnya bagi perlindungan optimum daripada jangkitan COVID-19.

PICK bermula 24 Feb lepas sebagai antara langkah mengawal pandemik COVID-19 dan sehingga 12 Okt, sebanyak 94.9 peratus populasi dewasa telah menerima satu dos vaksin COVID-19 manakala 90.6 peratus populasi dewasa telah menerima dos lengkap. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia