web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perkahwinan Dilanda Krisis, Anggota Tentera Ragut Nyawa Sendiri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 Oct 2021 8:21PM

Seorang anggota tentera menembak diri sendiri dalam kejadian yang mengejutkan di Kampung Kolong 1, Sungai Tengah Jalan Matang, hari ini.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Perkahwinan yang dilanda badai menyebabkan seorang anggota tentera bertindak nekad menembak dirinya sendiri, dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Kolong 1, Sungai Tengah Jalan Matang, di sini, tengah hari tadi.

Insiden pada jam 12.45 tengah hari itu bukan sahaja meragut nyawa pemuda berkenaan, tetapi turut mencederakan ibu mertuanya yang berusia 58 tahun.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, suspek yang dikenali sebagai Syed Ali, 28 meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

Menurut beliau, suspek ketika kejadian masih dalam waktu bertugas sebagai anggota pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 bagi daerah Bau, tetapi bertindak meminjam kereta rakan untuk pergi ke rumah isterinya. 

"Siasatan awal mendapati suspek tiba di lokasi kejadian bagi menyelesaikan masalah rumah tangga yang masih dalam proses penceraian," katanya ketika dihubungi.

Getaran difahamkan, suspek naik berang ketika berbincang dan mengambil senjata jenis M4 yang disimpan dalam kereta dipinjamnya, sebelum melepaskan tembakan rambang di ruang tamu serta dapur.

Tembakan tersebut jelas Abang Zainal, menyebabkan ibu mertuanya cedera di bahu kiri.

"Suspek menghala ke hadapan rumah dan terus menembak diri sendiri di bahagian dagu, menyebabkan dia maut di lokasi.

"Kes ketika ini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan orang ramai diminta tidak menyebarkan sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan," katanya. - Getaran, 13 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia