web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


4 MP Tidak Divaksin Kekal Misteri, Shahidan Gesa Pendekatan Berlembut

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2021 7:13AM

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun tidak mendedahkan nama empat Ahli Parlimen yang belum divaksin. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Senarai empat nama Ahli Parlimen yang belum mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 masih menjadi tanda tanya sehingga hari ini.

Tiada nama didedahkan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun sebagaimana yang diminta Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir (PH) pada 28 Julai lalu.

Ahli Parlimen Arau yang juga Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC), Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, individu terbabit bukan dalam kalangan Ahli Parlimen UMNO.

“MP (Ahli Parlimen) UMNO setakat yang saya tahu, ya semua sudah divaksin. Empat MP tu bukan daripada UMNO,” katanya kepada Getaran.

Mengenai gesaan agar nama Ahli Parlimen tersebut didedahkan, Shahidan bagaimanapun mengambil pendirian berbeza mengenai perkara ini.

“Saya lain, kalau awak tanya saya benda ni saya tak suka. Saya lebih suka untuk berjumpa dan tanya sendiri masalah dia.

“Pasal sokong dedah nama ni saya tak nak komenlah. Tapi kalau ada orang rasa dedah nama tu dapat pahala buatlah, kalau tak, tak payahlah,” katanya lagi.

Shahidan Kassim
Shahidan Kassim

Shahidan sebaliknya berkata, golongan tersebut perlu disantuni dengan pendekatan secara berlembut.

“Setengah orang tak boleh divaksin. Mungkin dia ada penyakit yang menyebabkan dia tak boleh divaksin atau mungkin dia dah pernah kena COVID-19, jadi tak boleh divaksin sehingga tempoh tertentu.

“Saya sendiri pun dulu tak boleh divaksin sehingga tempoh beberapa bulan, jadi nak pergi dedah nama tanpa kita sendiri ketahui sebab dia menolak, kita seolah-olah menghukum dia begitu sahaja,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil bersetuju dengan gesaan Akmal Nasrullah, sambil menambah mereka masih menunggu Speaker untuk berbuat demikian.

“Ya saya setuju kerana Ahli Parlimen patut jadi contoh kepada rakyat bukan sahaja untuk membuktikan vaksin ini selamat tetapi pada masa sama berkesan.

“Usaha vaksinasi ini adalah yang terbaik berasaskan sains dan data untuk mengekang wabak COVID-19 serta mengurangkan kesan buruk akibat jangkitan tersebut,” katanya.

Beliau yang juga Pengarah Komunikasi PKR turut meluahkan rasa kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab empat Ahli Parlimen tersebut.

“Saya kesal kerana ada Ahli Parlimen yang bersikap tidak mahu divaksin. Ia bukan contoh yang baik.

“Sehingga hari ini kami tak tahu siapa, sebab itulah kami minta Speaker umumkan,” katanya.

Azhar sebelum ini memaklumkan lebih 95 peratus Ahli Parlimen sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 manakala 35 yang lain sudah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu empat Ahli Parlimen lagi belum mendapatkan suntikan vaksin atas sebab tertentu, namun tetap dibenar hadir ke sidang khas Dewan Rakyat. - Getaran, 14 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Agong Beri Lampu Hijau Ambil Tindakan Tegas Pada Ahli Parlimen Melampaui Batas

3

Politik 8 bulan yang lalu

 10 Lagi Ahli Parlimen BERSATU Dijangka Sokong Anwar

4

Luar Negara 9 bulan yang lalu

Jakarta Laksana Pemberian Vaksin COVID-19 Berbayar Mulai 1 Januari

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia