web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


ESPC Serba Dinamik Sambut Baik Syor Berkaitan Undang-Undang Keselamatan Siber

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2021 8:35AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Serba Dinamik Group Bhd menerusi cabang keselamatan sibernya, E-Security and Privacy Channel (ESPC), menyambut baik inisiatif kerajaan untuk memperkenalkan undang-undang keselamatan siber baharu yang dapat memastikan Malaysia kekal kompetitif serta menarik untuk perniagaan dalam segmen tersebut.

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Mohd Abdul Karim Abdullah berkata langkah tersebut juga tepat pada masanya serta sejajar dengan usaha Malaysia untuk muncul sebagai sebuah negara digital sepenuhnya.

“Saya berharap usaha mewujudkan undang-undang keselamatan siber ini dapat membolehkan kita membangunkan infrastruktur digital yang berdaya tahan, persekitaran ruang siber lebih selamat, ekosisem keselamatan siber yang tangkas selain memperkukuh kerjasama antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata kerajaan sedang dalam proses menyiapkan syor berkaitan undang-undang keselamatan siber yang bertujuan memperketat aspek berkaitan dan akan dibentangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri dalam masa terdekat.

Mengulas selanjutnya, Abdul Karim berkata langkah tersebut akan turut menjadikan Malaysia sebagai salah satu tempat paling selamat di dunia untuk penggunaan teknologi pintar.

Menurutnya, Malaysia juga mempunyai penguatkuasaan yang kukuh serta undang-undang keselamatan siber yang berkesan dalam membantu orang ramai mendapat pembelaan apabila membeli peranti atau menggunakan perkhidmatan dan penyelesaian yang gagal menepati standard keselamatan dan boleh mendedahkan mereka kepada pencerobohan data dan jenayah scam.

“Saya yakin undang-undang itu dapat menangani isu yang dialami perniagaan serta rakyat. Ini juga menjadi langkah penting memandangkan terdapat banyak peranti yang bermasalah dari segi keselamatan di pasaran yang turut mendedahkan pengguna kepada risiko penjenayah siber,” katanya.

Malah, katanya, negara dan rakyat juga terdedah kepada risiko serangan siber jika kerajaan tidak mempunyai tadbir urus tangkas dalam aspek keselamatan siber.

“Apa yang diperlukan hanyalah aspek kejuruteraan sosial untuk mendapat akses ke atas kelemahan manusia yang seterusnya menyebabkan pencerobohan keselamatan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Cybersecurity, Satisguard Meterai MoU, Perkukuh Keselamatan Siber Di Malaysia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

JPDP Siasat Dakwaan Laman Misi Rakyat Digodam

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Akta Perlindungan Data Peribadi Perlu Dipinda, Elak Data Diguna Untuk Penipuan - Fahmi

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kerjasama Keselamatan Siber Antarabangsa Satu Keperluan Mendesak - Fahmi

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia