web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerjasama Keselamatan Siber Antarabangsa Satu Keperluan Mendesak - Fahmi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Jun 2023 7:29PM

Fahmi Fadzil turut menekankan kepentingan peranan keselamatan siber sebagai pengupaya kemajuan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup dalam ekonomi digital - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Wujud keperluan mendesak dari segi kolaboratif dan kerjasama antarabangsa untuk bertanggungjawab melindungi ekonomi digital di setiap negara selain memastikan rakyat mampu hidup dalam ruang siber serba selamat.

Ketika menekankan perkara itu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menegaskan bahawa aspek domain siber misalnya melangkaui batas sempadan geografi negara, sekali gus hanya menjadikan usaha kolaboratif antarabangsa dalam hampir semua kerangka keselamatan siber berperanan sebagai antara teras utama yang perlu dititikberatkan.

“Tiada satu entiti pun yang dapat bekerja secara silo (sendirian) dalam menangani ancaman siber. Keselamatan siber adalah tanggungjawab bersama dan perlu ada kolaboratif pintar dalam kalangan pihak terbabit bagi tujuan itu,” katanya dalam ucap tama ketika menutup Minggu Teknologi London (LTW) 2023 di sini, semalam.

Pada masa sama, Fahmi turut menekankan kepentingan peranan keselamatan siber sebagai pengupaya kemajuan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup dalam ekonomi digital, termasuk dalam kehidupan seharian rakyat ketika ancaman siber terus menjadi semakin sofistikated dan maju.

Sehubungan itu, katanya, langkah seterusnya adalah memperkasa peranan pembangun atau pemaju dan perniagaan teknologi.

“Selaku pemaju dan perniagaan teknologi yang bertanggungjawab, mereka perlu menggunapakai prinsip keselamatan dalam projek perniagaan transformasi digital bagi melindungi komuniti digital daripada pelaku ancaman (siber) pada tahap standard keselamatan siber sewajarnya serta mengekang mereka terbabit daripada meneruskan aktiviti mereka,” katanya.

Malaysia misalnya kini dalam proses mengurangkan ancaman siber menerusi jalinan hubungan dua hala dan pelbagai hala serta turut mengambil langkah untuk bergiat aktif di peringkat antarabangsa.

Malah, Malaysia juga sedang melaksanakan inisiatif bagi menangani isu itu seperti penubuhan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan aktif menjadi tuan rumah Ekspo dan Persidangan Pertahanan dan Keselamatan Siber Asia pada Ogos 2023.

Laporan Indeks Keselamatan Siber Global (GCI) 2020 meletakkan Malaysia di tempat kelima dengan skor keseluruhan pada 98.06.

Rancangan strategik lain adalah Strategi Keselamatan Siber Malaysia (MCSS), MyDigital, Program Pemerkasaan Keselamatan Siber (SiberKASA) dan pelbagai kerjasama di peringkat antarabangsa.

Turut diketengahkan adalah inisiatif Program Kolaboratif CyberSecurity Malaysia (CCP) yang menyediakan akses kepada CyberSecurity Malaysia, entiti berkaitan kerajaan serta pihak lain.

“Malaysia berhasrat untuk menikmati transformasi sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi yang dipacu secara digital serta menjadi peneraju serantau dalam ekonomi digital.

“Saya juga menjangkakan dalam masa akan datang ini, satu ekosistem ruang siber yang selamat dan berdaya tahan akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.

Fahmi mengetuai delegasi Malaysia ke LTW yang turut disokong oleh pihak Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Acara yang berlangsung di Queen Elizabeth II Centre, telah dirasmikan oleh Perdana Menteri United Kingdom Rishi Sunak dan Datuk Bandar London Sadiq Khan, pada Isnin lepas.

Lebih daripada 30,000 pengunjung dan penggiat industri digital, termasuk syarikat permulaan dan pelabur dijangka hadir pada LTW yang berlangsung sehingga 16 Jun, 2023. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Fahmi Mahu Organisasi Media Berkaitan Segera Lunas Isu Tunggakan Gaji

2

Politik 2 minggu yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Tindakan Platform Media Sosial Kekang Jenayah Masih Lemah - Fahmi

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia