web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Malas Layan Spekulasi, Saya Seorang Saja Ke Bersuara Serak? - Jailani

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2021 3:03PM

Bekas ADUN Rembia dan Exco kerajaan caretaker Datuk Muhammad Jailani Khamis pada sidang media di sini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA TENGAH - “Saya seorang sahaja ke yang bersuara serak di Melaka ini,” kata bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis, berhubung rakaman audio yang didakwa mirip suaranya.

Rakaman telefon berdurasi 8 minit 21 saat didakwa mirip suara Muhammad Jailani dan bekas ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee, yang membincangkan krisis politik Melaka tular di media sosial, sejak kelmarin.

Menegaskan perkara itu, Muhammad Jailani berkata, dakwaan tersebut hanya spekulasi dan fokusnya kini hanya tertumpu kepada pemulihan negeri.

“Saya tidak mahu bercakap tentang spekulasi serta enggan layan khabar angin. Maaf cakap.

“Fokus utama saya kini ialah untuk terus bekerja sebagai Exco (kerajaan caretaker) yang dipertanggungjawab membantu fasa pemulihan pandemik COVID-19 negeri,” katanya.

Mengulas mengenai situasi politik negeri ini dan Pilihan Raya Negeri (PRN) beliau berkata, ia terpulang kepada rakyat dalam menentukan pemimpin yang mereka mahukan.

“Ia waktu yang tepat untuk rakyat Melaka memilih wakil rakyat terbaik bagi mentadbir negeri ini.

“Segala-galanya kini terpulang kepada rakyat sama ada mahukan pemimpin yang gemar berpolitik atau ikhlas mahu bekerja,” katanya

Dalam perkembangan lain, Jailani ketika mengulas mengenai industri pelancongan Melaka berkata, kerajaan negeri mensasarkan kehadiran sejuta pelancong  sebelum 2021 melabuhkan tirai.

“Kita sudah merekodkan pemulihan sektor pelancongan sehingga 45 peratus walaupun kebenaran merentas negeri baru saja diumumkan.

“Saya yakin jika kita beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) pemulihan itu boleh mencecah sehingga 90 peratus,” katanya. - Getaran, 14 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia