web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Wanita Maut, Kemalangan 2 Kereta Di Bukit Putus

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2021 7:39AM

Mohd Said Ibrahim - Gambar Facebook IPD Seremban

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lagi kereta di Jalan Seremban-Kuala Pilah (Bukit Putus), di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP, Mohd Said Ibrahim berkata dalam kemalangan pada pukul 6.40 petang itu mangsa yang berusia 44 tahun mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan anggota badan, meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya siasatan awal mendapati mangsa yang sedang memandu kereta Perodua Myvi sedang dalam perjalanan dari arah Sungai Gadut menuju ke arah Juasseh.

"Bagaimanapun sebuah kereta Perodua Axia yang dipandu wanita berusia 36 tahun bersama seorang penumpang kanak-kanak (perempuan) berumur empat tahun yang datang dari arah bertentangan telah hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar kereta mangsa," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata pemandu kereta Axia itu mengalami kecederaan di bahagian badan dan penumpang patah kaki kanan.

Menurutnya mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Jaa'far, Seremban untuk bedah siasat manakala dua lagi yang cedera masing-masing menerima rawatan susulan di hospital yang sama.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia