web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Solat Tengah Jalan Pesakit Mental - Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2021 11:57AM

Lelaki yang solat di tengah jalan di Taman City ini disahkan seorang pesakit mental. - Gambar ihsan PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan lelaki yang dilihat bersolat di tengah jalan, seperti dipaparkan dalam sebuah video klip di Taman City di sini ialah seorang pesakit mental.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner (ACP) Sarifudin Mohd Salleh berkata, kejadian berlaku pada jam 3.35 petang Rabu lalu.

Katanya, anggota JSPT Kuala Lumpur yang sedang melakukan rondaan telah menerima maklumat berkaitan kesesakan lalu lintas di Jalan Ipoh, sebelum mendapati seorang lelaki sedang berdiri di tengah jalan terbabit.

“Lelaki itu berdiri sambil melaungkan azan dan bersolat, anggota terbabit kemudian cuba memujuknya dan membawanya ke stesen minyak berhampiran bagi menenangkan lelaki berkenaan.

“Lelaki itu juga didapati memakai gelang berwarna putih yang menyerupai gelang hospital," katanya.

Menurut beliau, semakan latar belakang terhadap lelaki itu mendapati dia merupakan seorang warga tempatan berusia 30-an yang sedang menerima rawatan psikiatri di Hospital Selayang.

Sarifudin berkata, lelaki terbabit dimaklumkan telah melarikan diri daripada wad hospital berkenaan.

“Bagaimanapun, pihak Hospital Selayang telah dihubungi dan menghantar ambulan ke lokasi kejadian sebelum membawa lelaki tersebut ke hospital untuk rawatan selanjutnya,” katanya.

Terdahulu, satu video berdurasi 30 saat tular di Facebook, memaparkan seorang lelaki sedang berdiri di tengah jalan yang sedang sesak sambil bersolat.

Turut kelihatan seorang anggota trafik berada di lokasi untuk mengawal kesesakan lalu lintas. – Getaran, 15 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia