web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Aktiviti Curi Elektrik Terbesar Tumpas, Babit Perlombongan Bitcoin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2021 6:05PM

Pihak berkuasa berjaya melumpuhkan kegiatan mencuri elektrik terbesar melibatkan perlombongan Bitcoin di Demak Laut, Kuching, Sarawak.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Kegiatan mencuri elektrik terbesar melibatkan perlombongan Bitcoin di Sarawak lumpuh baru-baru ini, hasil maklumat awam.

Jurucakap Sarawak Energy Berhad (SEB) berkata, ia membawa kepada penemuan lebih 1,200 pelayan perlombongan Bitcoin bernilai sekitar RM1.74 juta, aksesori komputer dan modem internet di sebuah kilang tidak berpenghuni di Demak Laut di sini.

Menurutnya, pemeriksaan di lokasi oleh pasukan teknikal SEB juga menemui kabel paip langsung yang disambungkan secara haram ke sistem pengedaran elektrik dipasang oleh operator.

"Operator itu dikesan mencuri elektrik yang dihubung dari pencawang voltan tinggi berdekatan dan tenaga elektrik digunakan tidak didaftarkan oleh meter elektrik,"katanya.

Jurucakap berkenaan berkata, SEB mengalami kerugian lebih daripada RM300,000 sebulan akibat penggunaan elektrik tidak berdaftar.

"Operasi berkenaan turut merampas semua pelayan dan aksesori perlombongan Bitcoin, selain kabel penoreh langsung secara haram yang membuktikan bahawa bukti kecurian elektrik sememangnya berlaku,” katanya.

Berikutan itu jelas beliau, laporan polis dibuat untuk siasatan lanjut.

“Jika didapati bersalah, pengendali akan didakwa mencuri elektrik mengikut Seksyen 33 (5) Ordinan Elektrik, yang membawa hukuman hingga RM100,000 atau penjara lima tahun jika didapati bersalah," tegasnya.

Difahamkan perlombongan Bitcoin dijalankan 24 jam sehari dan memerlukan sejumlah besar elektrik untuk menggerakkan operasi tersebut. – Getaran, 15 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Premis Lombong Bitcoin Diserbu, 7 Ditahan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia