web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Biro Warga Emas Mampu Bela Nasib, Kesejahteraan Golongan Tua

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Oct 2021 8:14PM

Lam Thye berkata, usaha itu harus dirancang dari sekarang bagi memastikan pelbagai keperluan warga emas dapat dipenuhi sebaik mungkin.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadang menubuhkan Biro Warga Emas bagi menyediakan segala perlindungan untuk kesejahteraan golongan itu.

Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, usaha itu harus dirancang dari sekarang bagi memastikan pelbagai keperluan warga emas dapat dipenuhi sebaik mungkin.

Katanya, dalam tempoh kurang 10 tahun, Malaysia akan menjadi negara tua apabila 15 peratus daripada populasinya berusia 60 tahun ke atas.

“Ini bermaksud ada cabaran lebih besar bagi pihak kerajaan, bahagian perubatan, industri perkhidmatan dan ahli keluarga untuk memenuhi keperluan masa depan warga emas yang dilihat sebagai golongan penuh ilmu pengetahuan serta pengalaman.

“Persoalannya kini, adakah kita cukup bersedia untuk apa bakal terjadi (negara tua) dan jika kita tidak mengatasinya sekarang, masalahnya akan berlipat ganda pada tahun 2030,” katanya hari ini.

Menurut beliau, kesihatan adalah masalah utama yang ‘membelenggu’ hampir semua individu berusia di atas 60 tahun, justeru mereka harus diberikan pemeriksaan perubatan tahunan secara percuma dan keutamaan untuk menjalani rawatan di hospital kerajaan.

“Keperluan ini harus ditambah dengan pemberian alat bantuan kesihatan, seperti alat bantuan pendengaran, cermin mata, kerusi roda dan gigi palsu yang memerlukan pembiayaan subsidi,” katanya.

Beliau berkata, majoriti warga emas, terutama dalam kalangan B40 akan mengalami masalah kewangan dan dijangka tidak mempunyai simpanan yang banyak.

Satu laporan baru-baru ini katanya, menyebut bahawa sekurang-kurangnya separuh daripada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempunyai simpanan hanya RM10,000 pada usia persaraan yang tentunya tidak mencukupi apabila dibandingkan dengan kos sara mutakhir ini.

Susulan itu, katanya, mekanisme keselamatan sosial harus diwujudkan bagi membantu mereka dalam kes seperti itu, termasuk pemberian subsidi atau potongan khas untuk bahan makanan, bil utiliti dan perkhidmatan penting lain.

“Sejak kebelakangan ini, ‘keutamaan rawatan’ untuk warga emas agak terkebelakang.

“Lebih menyedihkan apabila melihat ramai daripada mereka terpaksa beratur berjam-jam di pusat pemberian vaksin (PPV), hospital dan ruang menunggu, bahkan menunggu di bawah terik matahari. Keadaan ini perlu diperbaiki segera,” katanya.

Mengulas lanjut, Lam Thye berkata, menjelang usia tua, individu akan dilanda kebosanan dan kesepian, malah segelintir mereka ditinggalkan ahli keluarga terdekat apabila dianggap sebagai beban, sekali gus diabaikan.

Keadaan itu, katanya, mempengaruhi kesihatan mental mereka dan menyebabkan ketidakseimbangan emosi yang boleh menimbulkan rasa tidak selamat serta ketakutan dalam diri.

Populasi warga emas negara ini juga, jelasnya, terdedah kepada penipuan kewangan berikutan peningkatan kes penganiayaan kewangan (financial abuse) terhadap golongan itu.

“Kira-kira satu daripada setiap 100 warga emas di Malaysia menjadi mangsa penganiayaan kewangan sama ada individu dikenali mereka atau orang asing, seperti dilaporkan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2018.

“Justeru, warga emas ini perlu dibantu untuk memahami literasi teknologi digital serta dilengkapi kemahiran dan pengetahuan untuk menguruskan ruang digital,” katanya. - Getaran, 17 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia