web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


K-Drama Bukan Punca Peningkatan Kes Bunuh Diri

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2021 1:21PM

Dua drama romantik Korea Selatan ini mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat. - Gambar hiasan dari Netflix

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bukan sahaja produk kecantikan, makanan, lagu tetapi drama Korea atau lebih dikenali sebagai K-Drama sudah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia sejak dulu lagi.

Lihat sahaja bagaimana drama Squid Game berjaya mencetuskan fenomena di negara ini, sehingga ada yang mencuba permainan seperti dalam drama tersebut.

Namun, Senator Mohd Apandi Mohamad dalam sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Negara pada 13 Oktober lalu mendakwa, kebanyakan kes bunuh diri di kalangan remaja di negara ini disebabkan pengaruh drama Korea.

Kenyataan tersebut bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi di kalangan netizen, yang majoritinya tidak bersetuju mengenai perkara itu.

Mereka berpendapat, ada banyak K-Drama yang memberi inspirasi kepada kehidupan sekeliling.

Dr Fatahyah Yahya
Dr Fatahyah Yahya

Pensyarah Kanan, Program Kaunseling, Fakutli Sains Kognitif & Pembangunan Manusia, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Fatahyah Yahya berpendapat, pengaruh K-Drama bukan faktor utama yang membawa kepada kecenderungan bunuh diri di kalangan remaja di negara ini.

“Apa-apa sahaja drama yang diterbitkan tentunya memiliki objektif tertentu yang ingin disampaikan kepada masyarakat. Namun ia boleh membawa kesan baik dan buruk. Selain itu, ia juga tergantung bagaimana persepsi seseorang remaja itu terhadap olahan mesej yang ingin disampaikan.

“Bagi saya menonton drama Korea bukan faktor utama remaja bunuh diri. Namun ia boleh menjadi punca tercetusnya rasa ingin bunuh diri terutama jika seseorang remaja itu sememangnya menghadapi masalah kesihatan mental,” katanya kepada Getaran.

Atas faktor ini jelas beliau, babak tragis dalam setiap drama yang berupaya mendorong keinginan seseorang untuk membunuh diri perlu dielakkan.

“Apa sahaja drama yang ingin ditayangkan perlu diselarikan konten dan mesej terkandung di dalamnya dengan plot atau babak cerita yang disunting. Susunkan mesej baik yang ingin disampaikan kepada penonton melalui babak yang lebih harmoni,” katanya.

Menurut Fatahyah lagi, kajian menunjukkan remaja bertindak membunuh diri disebabkan pelbagai faktor.

Antaranya jelas beliau, tindakan itu disebabkan kesulitan sosioekonomi seperti kemiskinan, masalah perhubungan sama ada hubungan kekeluargaan, persahabatan ataupun percintaan dan juga kegagalan dalam pelajaran.

“Remaja merupakan golongan yang berada dalam fasa transisi di antara kanak-kanak kepada dewasa.  Ia merupakan satu fasa membentuk identiti diri.

“Terdapat dalam kalangan mereka yang gagal menyesuaikan diri terhadap proses pembentukan peribadi. Mereka seakan-akan 'terperangkap', keliru, berasa kosong dan tertekan. Mereka juga rasa seperti tiada yang memahami dan tiada sokongan yang diperolehi daripada keluarga terdekat dan masyarakat,” katanya.

Jelas Fatahyah, kekeliruan dan tekanan yang tidak ditangani secara sihat itu mampu mencetuskan masalah kesihatan mental seperti stres, kemurungan dan trauma.

“Terdapat juga sesetengah remaja yang terjebak dengan penyalahgunaan ubatan dan alkohol dengan tujuan melupakan kesulitan ini.

“Gangguan kesihatan mental ini menjadikan golongan ini berasa kecewa dan putus asa terhadap kehidupan. Mereka berhadapan dengan kesakitan emosi dan psikologi yang tidak dapat ditanggung lagi,” katanya.

Fatahyah menarik perhatian, situasi ini mendorong perlakuan bunuh diri kerana ia dilihat sebagai satu-satunya pilihan penyelesaian, bertujuan menamatkan kekecewaan dan penderitaan yang dilalui.

Mengulas lanjut beliau berkata, kes bunuh diri membabitkan remaja juga menunjukkan peningkatan terutamanya pada musim pandemik COVID-19.

“Kes bunuh diri semakin meningkat terutamanya pada musim pandemik ini dengan purata dua kes setiap hari. Statistik daripada Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, mendapati seramai 281 lelaki dan 1,427 wanita dilaporkan membunuh diri sepanjang tempoh 2019 hingga Mei 2021.

“Kebanyakan mangsa iaitu seramai 872 orang adalah dalam kalangan remaja berumur antara 15 hingga 18 tahun,” katanya. - Getaran, 17 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Jangan Biarkan Buli Siber Terus Berlaku, Cegah Sebelum Parah!’ - Saraswati

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Panjat Pencawang Elektrik Setinggi 25 Meter: Bomba Selamatkan Lelaki Cuba Bunuh Diri

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Tak Jadi Bunuh Diri, Lelaki Berpaut Di Tiang Jambatan

4

Kisah Kita 7 bulan yang lalu

Fikir Bunuh Diri Seawal Usia 11 Tahun, Senario Serius Harus Dicantas Sebelum Bertunas

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia