web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tanya Muhyiddin, Hamzah Kenapa Enggan Wujud Semula Skuad Elit PDRM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2021 8:08PM

Fahmi Fadzil - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penjelasan berhubung keputusan membubarkan dan enggan mewujudkan semula tiga skuad elit Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepatutnya diberikan dua Menteri Dalam Negeri dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil berkata, individu terbabit adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

“Sebenarnya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu bertanya kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bersetuju untuk membubarkan STAGG, STAFOC dan STING.

“Ahmad Zahid juga perlu bertanya kepada Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang pada 19 Mac 2021 dipetik media sebagai berkata, Perikatan Nasional (PN) tidak berhasrat mewujudkan kembali ketiga-tiga unit (skuad) terbabit atas alasan tiada peraturan mewajibkan demikian," katanya kepada Getaran di sini.

Menurut Fahmi, Hamzah juga dilaporkan berkata, kumpulan sedia ada mampu menangani jenayah tanpa STAFOC dan dua unit berkaitan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO, bahawa negara mampu membasmi majoriti sindiket dadah dan mengelakkan masyarakat dipergunakan sebagai ‘tokan’ akibat keinginan atau desakan hidup, sekiranya tiga skuad elit Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih wujud.

Tiga skuad itu adalah Pasukan Tindakan Khas Judi, Maksiat dan Gengsterisme (STAGG), Pasukan Tindakan Khas Jenayah Terancang (STAFOC) dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) yang ditubuhkan semasa beliau memegang jawatan Menteri Dalam Negeri pada tahun 2014.

Ahmad Zahid mendakwa, apa yang mengecewakan adalah tindakan PH membubarkan tiga skuad tersebut.

Keputusan terbabit, katanya, diambil PH ketika menjadi kerajaan selama 22 bulan selepas mengalahkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

Fahmi berkata, Muhyiddin dan Hamzah adalah individu paling sesuai menjawab mengenai pembubaran itu.

“Suka saya ingatkan bahawa kedua-dua menteri dalam kalangan pimpinan BERSATU itu sebaiknya yang menjawab mengapa unit-unit ini dibubar.

“Mereka ini juga yang perlu menjawab mengapa enggan mewujudkan semula tiga unit tersebut,” katanya. - Getaran, 18 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia