web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


6 Cedera Kereta Terbabas Masuk Gaung

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2021 5:53PM

Anggota bomba melakukan operasi membawa naik mangsa MPV yang terbabas ke dalam gaung.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KULAI - Berpantang maut sebelum ajal ialah perumpamaan paling tepat untuk menggambarkan keadaan enam sekeluarga selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki terhumban ke dalam gaung sedalam 30 meter, malam tadi.

Insiden mencemaskan itu berlaku apabila MPV berkenaan terbabas di KM28.8 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan di sini pada jam 10.45 malam.

Nahas berkenaan menyebabkan tiga daripada mangsa mengalami kecederaan parah manakala selebihnya hanya mengalami kecederaan ringan.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Wan Mohd Azrul Wan Mahamad Shaf’ii berkata, MPV jenis Toyota Estima itu membawa seorang lelaki dewasa, tiga wanita dan dua kanak-kanak lelaki dari Senawang, Negeri Sembilan, dipercayai sedang dalam perjalanan pulang ke kampung.

“Lapan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai diarahkan ke lokasi kejadian sebaik Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan jalan raya itu pada jam 10.53 malam.

“Mangsa dinaikkan dengan menggunakan ‘stretcher’ (usungan) dan mereka yang parah terus dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI) di sini menggunakan ambulans,” katanya.

Wan Mohd Azrul berkata, tiga lagi mangsa yang mengalami kecederaan ringan diberikan rawatan awal dan dihantar ke hospital sama menggunakan van ‘Emergency Medical Rescue Services’ (EMRS).

Operasi ditamatkan pada jam 11.57 malam. - Getaran, 19 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Lelaki Maut Ditimpa Jengkaut Terbalik

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia