web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Nelayan Lemas Jatuh Sampan Ketika Cari Kerang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2021 7:39AM

Seorang nelayan, Shahril Daud, lemas selepas terjatuh dari sampan ketika mencari kerang di Kuala Panchor, Pantai Remis, malam tadi. - Gambar dari Facebook Bomba Perak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BERUAS - Seorang nelayan ditemukan mati lemas selepas terjatuh dari sampan yang dinaikinya ketika mencari kerang di perairan Kuala Panchor, Pantai Remis di sini, malam tadi.

Mayat Shahril Daud, 33, ditemukan nelayan dalam keadaan terapung pada kira-kira pukul 7 malam tadi.

Jurucakap Jambatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pukul 3.35 petang dan operasi mencari mangsa diketuai Pegawai Bomba Mohd Akmal Hussin segera diaktifkan.

“Mangsa dipercayai terjatuh dari bot berkenaan pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

“Radius pencarian diperluaskan sehingga 500 meter dari kawasan mangsa dipercayai terjatuh sebelum mayat mangsa ditemukan oleh nelayan pada pukul 7 malam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia