web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Maut Akibat Serangan Jantung Ketika Daki Gunung Lambak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2021 8:09AM

Seorang pendaki meninggal dunia akibat serangan jantung ketika mendaki Gunung Lambak, semalam. - Gambar dari Facebook Aku Budak Kluang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLUANG - Seorang pendaki warga tempatan ditemukan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di Gunung Lambak dekat sini, tengah hari tadi. 

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang Pegawai Bomba Kanan II, Norhakim Nordin berkata mangsa Teo Chee Kiong@Tiu Chee Kiong, 52, yang mendaki seorang diri, dipercayai mengalami serangan jantung ketika dalam perjalanan turun dan dijumpai orang ramai dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Beliau berkata sejurus menerima panggilan pada pukul 12.25 tengah hari, seramai 11 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian. 

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan di tempat kejadian, dipercayai mengalami serangan jantung,” katanya dalam kenyataan.

Katanya mayat Teo dibawa turun dari puncak gunung dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia