web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


JPBNS Usaha Pujuk Masyarakat Penan Terima Vaksin COVID-19

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 Oct 2021 10:47AM

Douglas Uggah Embas (tengah) menghadiri taklimat Jabatan Kesihatan di Bahagian Miri dan lawatan program vaksinasi di kampus Universiti Curtain di Miri, hari ini.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MIRI - Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) akan mencari jalan untuk memujuk masyarakat Penan yang masih enggan menerima suntikan vaksin COVID-19.

Pengerusinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ini bagi memastikan kaum minoriti di Sarawak itu mendapat vaksinasi dengan segera.

Menurut beliau, kerajaan akan mendapatkan bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan wakil rakyat kawasan berkaitan untuk mencari langkah bagi memujuk mereka.

“Kita mempunyai bekalan vaksin CanSino. Vaksin dos tunggal ini adalah pilihan terbaik kepada mereka dan pasukan perubatan kita akan pergi ke penempatan etnik berkenaan,” katanya

Beliau berkata demikian ketika menghadiri taklimat Jabatan Kesihatan di Bahagian Miri dan lawatan program vaksinasi di kampus Universiti Curtain di sini, semalam.

Uggah dimaklumkan dengan situasi dialami JPBNS oleh Pegawai Kesihatan Miri, Dr Raviwharmman Packierusamy mengenai situasi berkenaan.

Dr Raviwharmman berkata, Jabatan Kesihatan Miri telah mencuba enam sesi penglibatan berbeza untuk mendapatkan persetujuan komuniti terbabit namun gagal menghasilkan sebarang kejayaan.

“Kami telah berusaha menggunakan khidmat pegawai kerajaan, wakil rakyat, ahli berpengaruh dalam komuniti dan NGO untuk memujuk mereka tetapi tidak berhasil," ujarnya.

Komuniti tersebut jelas beliau, tidak mempunyai masalah dengan rawatan atau prosedur perubatan biasa namun mereka menolak untuk divaksin.

"Mereka melarikan diri dengan pergi ke dalam hutan semasa pasukan vaksinasi kami tiba. Situasi ini menjadi antara cabaran besar dalam program pemberian vaksin,” katanya.

Senario tersebut jelas Dr Raviwharmman, berbeza dengan komuniti Penan yang tinggal di kawasan Belaga di Bahagian Kapit.

“Saya telah diberitahu Residen Kapit Nyurak Keti, mereka yang menetap di Kapit lebih mudah menerima program vaksinasi yang dijalankan.

"Bagi Penan di kawasan Ulu Baram, mereka tinggal berselerak di enam penempatan," tambahnya.- Getaran, 19 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia