web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


AirAsia Sambung Semula Penerbangan Ke Phuket

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2021 3:49PM

Pelancong boleh menempah tiket penerbangan AirAsia ke Phuket mulai hari ini. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - AirAsia Malaysia akan menyambung semula empat penerbangan mingguan antara Kuala Lumpur dan Phuket bermula 5 November 2021, berikutan pembukaan semula Phuket Sandbox kepada pelancong yang telah divaksin sepenuhnya.

Dalam satu kenyataan hari ini, AirAsia berkata tetamu boleh menempah penerbangan mereka ke Phuket bermula hari ini sehingga 31 Oktober daripada hanya RM189 sehala melalui ikon 'Penerbangan' di AirAsia Super App, untuk perjalanan antara 5 November 2021 dan 30 Mac 2022.

Menurutnya, pelancong mesti memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan Thailand dengan mendapatkan Sijil Kemasukan yang boleh dibuat di Sistem Pendaftaran Sijil Kemasukan ke negara tersebut sebelum menempah tiket penerbangan mereka.

Melalui ikon ‘SNAP’ di airasia Super App, tetamu boleh mendapatkan tawaran penerbangan dan hotel bernilai bermula RM549 untuk perjalanan pada tempoh yang sama.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata berikutan kejayaan besar gelembung pelancongan Langkawi di Malaysia, pembukaan semula Program Phuket Sandbox menandakan pembukaan semula sekatan perjalanan antarabangsa ke Thailand.

“Kami telah bersedia sepenuhnya untuk kembali memulakan penerbangan dan memastikan para tetamu dapat menikmati pengalaman perjalanan yang selamat, lancar dan tenang.

“Kami telah menjual lebih 1 juta tempat duduk domestik dan juga mencatatkan muatan penumpang tinggi dan tempahan kukuh pada masa akan datang yang melambangkan pemulihan sektor pelancongan,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia