web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Melaka Banjir Akibat Hujan Lebat 4 Jam

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2021 7:37PM

Keadaan banjir di salah satu daripada jalan yang dinaiki air.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA TENGAH - Hujan lebat berterusan lebih empat jam mengakibatkan beberapa laluan utama di negeri ini dilanda banjir kilat.

Antara laluan yang dinaiki air di Jalan Tun Abdul Razak, Ayer Keroh; Lebuh Raya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) Peringgit; Sungai Putat dan Bukit Beruang.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka berkata, pasukan pemantauan dan penyelamat ditugaskan ke semua lokasi kejadian sebaik sahaja hujan lebat bermula kira-kira jam 1 petang tadi.

Menurut beliau, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Katil turut digerakkan bagi operasi menyelamat.

“Susulan banjir, terdapat beberapa kenderaan termasuk kenderaan berat yang terperangkap apabila melalui kawasan terlibat.

“Pasukan bomba turut menyelamatkan dua individu yang terperangkap di atas kereta akibat banjir berkenaan,” katanya.

Perkembangan terkini mengenai keadaan mangsa masih belum diketahui setakat ini.
Perkembangan terkini mengenai keadaan mangsa masih belum diketahui setakat ini.

Getaran difahamkan, seorang anggota bomba dari BBP Melaka Tengah pula dikejarkan ke Hospital Melaka selepas dihanyutkan arus deras.

Perkembangan terkini mengenai keadaan mangsa masih belum diketahui setakat ini. - Getaran, 20 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia