web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Bulan Aktif Edar Dadah, Pemuda Berdepan Hukuman Mati

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2021 9:04PM

Polis menemui dadah bernilai RM314,400 dalam 2 serbuan yang dijalankan di Jalan Datuk Muip dan Kampung Pangkalan Lutong, Miri, semalam.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MIRI - Aktiviti pengedaran dadah seorang lelaki sejak dua bulan lalu terbongkar, selepas pihak polis menyerbu sebuah bengkel di Jalan Datuk Muip, semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner (ACP) Hakemal Hawari berkata, tindakan pihak polis menggempur bengkel berkenaan membawa kepada satu lagi serbuan ke atas sebuah rumah, di Kampung Pangkalan Lutong sehingga membolehkan kesemua syabu bernilai RM314,400 dirampas.

Menurut beliau, tangkapan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak pada jam 11.20 pagi.

"Suspek yang berusia 29 tahun diberkas kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.

"Hasil serbuan pasukan polis telah menjumpai sepaket besar plastik lut sinar berisi ketulan kristal disyaki dadah dengan berat kasar  25.20 gram," katanya ketika mengadakan sidang akhbar di IPD Miri hari ini.

Turut dijumpai ialah satu beg plastik berwarna hitam mengandungi 22 plastik lut sinar, masing-masing berisi ketulan kristal disyaki metafetamin dengan berat kasar 239 gram.

Hakemal berkata, turut ditemui ialah lapan bungkusan plastik, juga berisi dadah dari jenis metafetamin dengan anggaran berat kasar 8,000 gram.

"Nilai keseluruhan rampasan mencecah RM314,400 dan kesemua dadah ini ialah untuk pasaran tempatan.

"Siasatan awal mendapati suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah sejak dua bulan lalu," katanya.

Turut disita ialah sebuah kereta jenis Honda bernilai  RM15,000.

Hakemal berkata, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dijatuhkan hukuman gantung mandatori," tegasnya. - Getaran, 20 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia