web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ahmad Zahid Tidak Lakukan Pecah Amanah - Peguam

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 21 Oct 2021 7:55AM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi diberitahu satu daripada pertuduhan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas dakwaan penyelewengan dana Yayasan Akalbudi (YAB) tidak menyatakan perjanjian jual beli sebuah hotel di Bali, Indonesia.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili Ahmad Zahid, berkata perkara itu sama sekali tidak relevan dengan pertuduhan tersebut, apabila pihak pendakwaan mendakwa sebahagian daripada dana RM17.9 juta itu disalahgunakan untuk urusan pembelian saham.

“Setakat pertuduhan berkenaan, tidak dinyatakan mengenai penjualan saham daripada Tan Sri Abdul Rashid Manaf (saksi pendakwaan ke-83), tidak disebut mengenai Ri-Yaz Assets (Ri-Yaz Assets Sdn Bhd), tidak dinyatakan mengenai Datuk Mohammad Shaheen Shah Mohd Sidek (saksi pendakwaan ke-84), tidak disebut mengenai pembelian hotel di Bali dan tidak disebutkan perjanjian jualan (saham).

“Yang Arif, semua keterangan yang dikemukakan oleh Tan Sri Rashid, Datuk Mohammad Shaheen Shah adalah tidak relevan dengan pertuduhan itu.”

Hisyam berkata demikian dalam hujahan balasnya di akhir kes pendakwaan terhadap Ahmad Zahid, yang menghadapi 47 pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana YAB.

“Naratif yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, bukti (yang dikemukakan pihak pendakwaan) adalah tidak relevan,” katanya. 

Minggu lalu, pihak pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa pengeluaran RM17.9 juta daripada dana YAB antara lain adalah untuk memudahkan anak perempuannya membeli sebuah hotel butik di Bali.

Anak sulung Ahmad Zahid, Datuk Nurulhidayah berminat untuk mengambil alih saham Ri-Yaz Asset Sdn Bhd dan mengusahakan hotel itu.

Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 bagi pecah amanah jenayah, lapan bagi rasuah dan 27 bagi pengubahan wang haram membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit milik YAB. 

Bagi 12 tuduhan CBT, Ahmad Zahid didakwa telah menggunakan dana tersebut untuk membuat pembayaran bil kad kredit peribadi, polisi insurans dan lesen kenderaan peribadinya, selain kiriman wang kepada firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di cawangan Affin Bank Jalan Bunus off Jalan Masjid India di sini, antara 13 Jan 2014 dan 23 Dis 2016. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua hingga 20 tahun serta sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung 22 Nov selepas Ahmad Zahid kembali dari Munich, Jerman untuk rawatan perubatannya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia