web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bob Mah Sing Sudah Kena Reman

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2021 5:03PM

Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua lelaki termasuk Bob Mah Sing yang cuba merempuh anggota polis dengan kenderaan mereka semalam, direman empat hari hingga Selasa untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata kedua-dua lelaki terbabit masing-masing berumur 35 dan 40 tahun ditahan semalam selepas terlibat dalam kejadian dua rempuhan membabitkan dua kenderaan dan kereta peronda polis di persimpangan lampu isyarat Sierramas, Sungai Buloh.

“Perintah reman terhadap dua lelaki itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, lelaki yang dikenali sebagai Bob Mah Sing berumur 40 tahun itu ditahan kira-kira 11.45 malam di sebuah rumah di Shah Alam, Selangor setelah melarikan diri selepas kejadian itu dan semakan mendapati lelaki yang tidak bekerja itu mempunyai 20 rekod berkaitan kes jenayah dan dadah.

Nik Ezanee berkata keputusan ujian air kencing terhadap kedua-dua lelaki terbabit didapati positif dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307, 427 dan 188 Kanun Keseksaan, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1958.

Semalam, tular dalam media sosial aksi polis melepaskan tembakan ke arah tayar kenderaan berkenaan selepas suspek enggan menyerah diri apabila disuruh memberhentikan kenderaan untuk diperiksa.- Bernama

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Majlis Profesor Negara Nafi Salah Guna Dana

Semasa 11 jam yang lalu

MAQIS Gagalkan Cubaan Bawa Masuk Daging Lembu Korban Dari Bangladesh

Politik 8 jam yang lalu

PRK Sungai Bakap: ‘Pengundi Muda Tolong Keluar Mengundi’ - PH

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan