web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MySejahtera Bermasalah Lagi, Sijil Digital Vaksin Papar Maklumat Berbeza

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2021 6:19PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kelmarin, warganet digemparkan dengan penerimaan kata laluan guna sekali (OTP) untuk pendaftaran ‘check in’ MySejahtera yang dihantar menerusi pesanan ringkas ke telefon bimbit pengguna.

Bagaimanapun masalah tersebut sudah mendapat maklum balas daripada Kementerian Kesihatan (KKM) semalam yang memberi jaminan data aplikasi itu tidak dicerobohi.

Kali ini, beberapa pengguna netizen tampil membangkitkan masalah pada sijil digital vaksin mereka di aplikasi tersebut menerusi satu ciapan di Twitter.

Seorang pengguna, Boo Su-Lyn mendakwa berlaku kesilapan pada maklumat nama pengeluar vaksin yang diterima, sebagaimana dipaparkan pada sijil digital di MySejahtera miliknya.

“Nama pengeluar dos kedua vaksin AstraZeneca kedua saya pada sijil digital vaksin COVID-19 saya tidak sepadan dengan pelepasan lot NPRA, berdasarkan nombor tersebut.

“CodeBlue minta KKM untuk menjelaskan bagaimana percanggahan itu boleh berlaku dan berapa ramai atau lot yang terlibat,” katanya.

Perkara sama turut dihadapi seorang lagi individu yang berkongsi masalahnya dengan pengguna lain.

“Hanya menyedari kedua-dua dos (vaksin) saya adalah berbeza pengeluar daripada apa yang dinyatakan dalam sijil NPRA,” katanya.

Seorang lagi pengguna dikenali sebagai Zurairi mendakwa, jenis vaksin diterimanya tidak sepadan dengan maklumat yang dipaparkan di MySejahtera.

“Lupakan pengeluar, sijil saya tidak memaparkan jenis vaksin yang betul (tiba-tiba bertukar kepada Sinovac), lengkap dengan nombor kumpulan rawak yang bukan milik saya,” katanya.

Rata-rata mereka yang terjejas membabitkan penerima vaksin jenis AstraZeneca.

Terdapat juga individu yang mendakwa maklumat vaksin dos pertamanya tidak dipaparkan dalam kod QR dan sijil digital vaksin walaupun dia sudah lengkap divaksinasi.

“Dos pertama saya tidak muncul di kod QR dan sijil digital. Buat pautan, tulis kepada helpdesk, DM & berkomunikasi dengan @my_sejahtera tetapi masalah itu belum diselesaikan. Tiada masalah dengan nombor kumpulan & sijil NPRA,” kata ChekMad.

“Sijil vaksin mak saya tidak dikeluarkan sejak Julai, cuba minta bantuan daripada helpdesk, sehingga hari ini tiada tindakan diambil @MyHEALTHKKM @my_sejahtera,” kata Kiranjeet Kaur.

Susulan insiden, mereka meminta penjelasan daripada KKM mengenai masalah tersebut.

Difahamkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin akan memberi penjelasan mengenai aduan tersebut dalam satu sidang media petang ini. - Getaran, 21 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia