web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Terima Rasuah, 2 Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2021 6:23PM

Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Dua anggota polis mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima suapan dalam dua pertuduhan berasingan di Mahkamah Khas Rasuah, di sini, hari ini.

Berdasarkan pertuduhan, Koperal Haikal Ibrahim Abdullah, 32, berdepan sembilan pertuduhan menerima suapan bernilai RM1,570. antara 23 Mei 2017 hingga 6 Julai 2018 daripada Anizah Misdaranai, 39, di Bank Simpanan Nasional Cawangan Kota Belud dan Kota Kinabalu.

Ia sebagai dorongan supaya tertuduh tidak mengambil tindakan terhadap Anizan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2019 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Ia memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun serta denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau yang mana lebih tinggi.

Hakim Abu Bakar Manat kemudian menetapkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 deposit RM4,000 dengan seorang penjamin.

Sementara itu, Koperal Sabestino Bong, 42, berdepan dua pertuduhan menerima suapan bernilai RM300 daripada Anizan sebagai dorongan tidak mengambil tindakan ke atasnya di bawah Akta Dadah Berbahaya.

Sabestino didakwa melakukan kesalahan itu pada 6 Jun 2017 di Bank Rakyat Cawangan Kota Belud menerusi dua transaksi berbeza.

Seperti Haikal, Sabestino juga didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2019.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000, deposit RM3,000 dengan seorang penjamin.

Kedua-dua kes disebut akan semula 29 November depan.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Nurul Izzati Sapifee manakala Haikal dan Sabestino tidak diwakili peguam. – Getaran, 21 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 6 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia