web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Kelantan Pantau Hutan Guna Dron

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2021 9:36PM

Ahmad Yakob (tiga dari kanan) menyerahkan 2 alat bantuan pernafasan ventilator yang bernilai RM129,000 kepada HUSM di Pejabat Menteri Besar di Kota Bharu, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Aktiviti perhutanan di Kelantan akan dihentikan bermula bulan ini sebagai persediaan menghadapi banjir yang dijangka berlaku bermula bulan hadapan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, hanya kerja-kerja untuk mengeluarkan hasil kayu yang telah diluluskan oleh kerajaan sahaja dibenarkan buat masa ini.

Menurut beliau, kerajaan akan sentiasa membuat pemeriksaan di kawasan hutan dengan menggunakan dron bagi mengelakkan pencerobohan berlaku.

"Bulan Oktober ini, aktiviti hutan biasanya sudah berhenti, cuma kerja-kerja untuk mengeluarkan hasil kayu dan proses yang telah diluluskan oleh kerajaan sahaja masih berjalan.

"Bagi yang tidak berlesen, kita ada cara lain untuk memantau iaitu dengan menggunakan dron yang dijalankan oleh Jabatan Hutan Negeri Kelantan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis penyerahan dua alat bantuan pernafasan ventilator yang bernilai RM129,000 daripada Kerajaan Negeri Kelantan kepada Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Pejabat Menteri Besar di Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri (UPKN), Ahmad Fathan Mahmood dan Penyelaras Strategi Penjanaan HUSM, Dr Mohamad Ibariyah Iberahim.

Mengulas lanjut Ahmad berkata, kerajaan belum membuat sebarang ketetapan berhubung persediaan menghadapi banjir. 

"Walau bagaimanapun, laporan daripada Jawatan Kuasa Bencana telah bermesyuarat dan sedang membuat persiapan untuk kemungkinan berlaku banjir.

"Aset-aset juga telah direkod dan mereka sedang menunggu arahan sekiranya berlaku banjir," katanya.

Pada perkembangan lain Ahmad berkata, Kelantan menyambut baik hasrat kerajaan pusat untuk menambah peruntukan bagi Jalinan Digital Negara (JENDELA) daripada RM700 juta kepada RM1 bilion.

Jelas beliau, kemudahan internet itu sangat penting kepada rakyat khususnya bagi sektor pendidikan, keusahawanan dan pentadbiran kerajaan.

"Pihak kita berharap projek yang dijangka siap sepenuhnya pada 2025 itu dapat disegerakan. Kita menghargai pelan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk melaksanakan program ini, jadi kita minta percepatkanlah (projek).

"Mengikut pelan, program JENDELA ini siap pada 2025, tetapi kita minta dipercepatkan kepada 2023 sebab kita tahu kepentingannya kepada rakyat," katanya. - Getaran, 21 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia