web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Beli Mata Wang Kripto, Ahli Perniagaan Rugi RM191,000

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2021 8:51PM

Shafien Mamat - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Terpedaya dengan skim pelaburan menggunakan mata wang kripto yang menawarkan keuntungan satu peratus sehari, seorang ahli perniagaan lelaki mengalami kerugian RM191,000.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, lelaki berusia 30-an dari Kota Bharu itu membuat transaksi pelaburan sebanyak RM242,000 dalam tempoh seminggu.

Katanya, bayaran tersebut dibuat ke empat akaun bank milik individu untuk membeli mata wang kripto bagi membuat pelaburan melalui satu aplikasi yang dimuat turun melalui laman sesawang.

Status pelaburan itu juga jelas beliau, boleh dipantau melalui aplikasi e-wallet.

"Dalam tempoh kurang dari tiga minggu, mangsa telah berjaya membuat pengeluaran pulangan pelaburan berjumlah RM51,000 dengan membuat pindahan dari aplikasi e-wallet ke akaun bank miliknya.

"Pada 18 Oktober, mangsa mendapati aplikasi telefon pintar tersebut dan laman sesawang pelaburan berkenaan tidak lagi boleh dimasuki. 

"Mangsa yang mengalami kerugian RM191,000 membuat laporan polis semalam kerana mengesyaki telah ditipu dan kes itu kini sedang dalam siasatan," katanya di sini hari ini.

Shafien berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dipenjara tidak kurang dari satu tahun hingga sepuluh tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda. 

Jelas beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan ingin mengingatkan kepada masyarakat supaya berhati-hati dalam membuat sebarang pelaburan.

"Sama ada pelaburan secara dalam talian atau bersemuka, anda dinasihatkan supaya sentiasa membuat semakan dengan pihak yang sewajarnya seperti Suruhanjaya Sekuriti (SC), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Bank Negara Malaysia (BNM). 

"Selain itu, langkah lain yang boleh diambil adalah dengan memuat turun secara percuma aplikasi telefon pintar “Check Scammers CCID” untuk membuat semakan nombor akaun bank dan nombor talian telefon yang digunakan, jika ia pernah terbabit dengan kes jenayah komersial," katanya. - Getaran, 22 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia