web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kakitangan MBPP, MBSP Enggan Vaksin Berdepan Penamatan Perkhidmatan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2021 9:02PM

Jagdeep Singh Deo - Gambar dari Facebook Jagdeep Singh Deo

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Kakitangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) yang enggan menerima suntikan vaksin COVID-19 akan dikenakan tindakan tatatertib atau ditamatkan perkhidmatan, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo.

Jagdeep berkata,seramai 48 orang daripada 7,002 kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang didapati enggan menerima suntikan vaksinasi COVID-19 iaitu membabitkan 29 kakitangan MBPP dan 19 MBSP.

"Pulau Pinang mengambil serius perkara ini. Bagi kakitangan yang masih enggan mendapatkan vaksin pada atau selepas 1 November 2021, tindakan tatatertib ataupun ditamatkan perkhidmatan boleh dikenakan ke atas mereka seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil 4/2021,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata daripada 29 kakitangan MBPP itu, sembilan didapati tidak boleh menerima vaksin disebabkan masalah kesihatan, tujuh enggan mendaftar bagi menerima vaksin, 10 tidak yakin dengan vaksin manakala tiga lagi mempunyai masalah disiplin.

"Di MBSP, lima kakitangan didapati mempunyai masalah kesihatan, 10 menolak vaksin, tiga enggan mendaftar manakala seorang lagi rela bersara pada 1 November ini," katanya.

Sementara itu, Jagdeep berkata pembukaan kuota bagi permohonan pelantikan Ahli Majlis baharu MBPP dan MBSP bagi 2022 dibuka kepada badan bukan kerajaan (NGO) dengan borang permohonan boleh dimuat turun menerusi laman sesawang MBPP dan MBSP bermula semalam dan tarikh akhir pencalonan adalah pada 15 Nov ini.

Beliau berkata tempoh perkhidmatan bagi 48 Ahli Majlis sedia ada di kedua-dua PBT bagi 2021 itu akan tamat pada 31 Dis ini, maka urusan pelantikan Ahli Majlis baharu bagi 2022 perlu diselesaikan sebelum berakhir 2021.

"MBPP dan MBSP masing-masing mempunyai 24 Ahli Majlis membabitkan lapan daripada PKR, empat NGO, 10 DAP dan dua Amanah di MBPP manakala MBSP pula membabitkan sembilan daripada PKR, tiga NGO, 10 DAP dan dua Amanah," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia