web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Siasat Anggota Enggan Terima Laporan Kes Cabul

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2021 5:42PM

ACP Soffian Santong memberi jaminan pihaknya akan menjalankan siasatan secara menyeluruh. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Polis Daerah Timur Laut sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan seorang anggotanya enggan menerima laporan polis berhubung kes cabul, seperti yang tular di media sosial sejak dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata pihaknya juga memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara menyeluruh, telus dan adil berhubung dakwaan tersebut.

“Pihak polis dan saya sendiri sedang menjalankan siasatan dalaman dan beri jaminan siasatan secara menyeluruh, telus dan adil akan dijalankan berhubung dakwaan yang tular di media sosial iaitu Facebook itu.

“Jika terkesan terdapat salah laku dan kecuaian dalam melaksanakan prosedur penugasan, tindakan tatatertib akan dikenakan kepada semua pegawai atau anggota yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya tindakan enggan menerima laporan daripada orang awam oleh pegawai atau anggota polis merupakan satu kesalahan yang amat serius dan tidak boleh dikompromi.

Mengulas lanjut berhubung kes itu, Soffian berkata selepas dakwaan itu tular, polis telah memanggil pengadu kes berkenaan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut untuk diambil keterangan dan bagi mengesahkan dakwaan seperti mana yang ditularkan.

“Satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencabul kehormatan,” katanya.

Pada 21 Oktober lepas, tular satu hantaran di Facebook oleh Urban Life Volunteers yang mendakwa kononnya anggota polis dari IPD Timur Laut enggan menerima laporan polis yang hendak dibuat oleh seorang mangsa cabul, dipercayai berlaku di dalam sebuah tandas wanita di Komtar.

Ramai pihak termasuk beberapa orang persendirian dan badan bukan kerajaan tampil memberi pendapat masing-masing yang kebanyakannya menyalahkan polis kerana didakwa tidak mahu menerima laporan mangsa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Insiden Selisih Faham Di Taiping, Polis Minta Saksi Tampil Bantu Siasatan

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Polis Siasat Insiden Tular Pukul Anjing

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Hantaran Individu Sokong Hubungan Malaysia, Israel Adalah Video Lama - Fahmi

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia