web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRN Melaka: Rakyat Lega, SOP Baharu Kekang Penularan COVID

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2021 8:08AM

Melaka akan menjadi tumpuan selepas SPR menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRN Melaka pada 8 November ini manakala tarikh mengundi pula 20 November ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Langkah Kementerian Kesihatan (KKM) mengenakan larangan untuk sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya berkuat kuasa hari ini sehingga 27 November, menjadi khabar gembira yang melegakan masyarakat di sini.

Ini kerana mereka bimbang aktiviti yang dilaksanakan menjelang dan ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, akan mencetuskan gelombang penularan COVID-19 yang akan menyekat kembali ‘kebebasan’ yang baharu sahaja dinikmati rakyat.

Bukan sahaja parti-parti politik perlu akur dengan pengumuman itu yang turut menyenaraikan penganjuran majlis-majlis pelancaran jentera pilihan raya sebagai larangan, bahkan masyarakat juga menuntut komitmen pemimpin untuk mematuhi larangan berkenaan.

Pekerja swasta Saadiah Ismail, 36, dari Klebang berkata prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat itu penting, bagi memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat akan terus terjamin.

“Kita dapat melihat melalui media massa, di video dan gambar bagaimana sesaknya di sesuatu tempat apabila pemimpin politik turun padang...jentera parti yang terlibat juga bukan kumpulan yang kecil dan mereka datang dari dalam dan luar Melaka.

“Saya percaya pematuhan SOP sepenuhnya tidak akan dapat dilakukan dengan sebaiknya, memandangkan masing-masing ghairah untuk berkempen dan menarik pengundi. Langkah mengenakan larangan ini amat tepat dan wajar,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sependapat dengan Saadiah, pengusaha restoran Muhammad Ismail Rahmad, 44, turut bersetuju dengan langkah KKM dan mahu bukan sahaja pemimpin bahkan rakyat juga perlu terus mematuhi SOP bagi mengekang penularan COVID-19 ke Melaka.

“Rakyat telah banyak terkorban dan sengsara kerana COVID-19 dan jika penularan berlaku kerana PRN Melaka, ia akan bagi kesan yang lagi teruk kepada rakyat,” katanya.

Bagi suri rumah Afidah Musa, 36, dari Cheng apa yang terjadi selepas PRN Sabah seharusnya diambil iktibar agar ia tidak berulang lagi, yang akhirnya menyebabkan rakyat kembali melalui episod sama iaitu dikenakan sekatan pergerakan.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Melaka Goh Hock Gin berkata PRN Melaka merupakan risiko besar kepada penularan jangkitan COVID-19, dan ia memerlukan SOP khas dilaksanakan.

“Sekarang ini kita bukan lihat dari aspek ekonomi sahaja tetapi juga nyawa rakyat. Bagi pemain industri pelancongan, kita baru sahaja hendak menarik nafas lega apabila sempadan negeri dibuka kepada pelancong luar. Kalau kes kembali meningkat, kita khuatir sektor pelancongan terpaksa ditutup semula menyebabkan kita kembali menanggung kerugian,” katanya.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin semalam ketika mengumumkan larangan tersebut berkata ia selari dengan senarai aktiviti yang tidak dibenarkan (senarai negatif) dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) SOP Fasa Empat yang terkini.

Katanya sebarang pelanggaran kepada peruntukan ini, individu, penganjur atau organisasi boleh dikenakan tindakan perundangan seperti kompaun atau tindakan pendakwaan di mahkamah, sekiranya disabitkan kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Isnin lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRN Melaka pada 8 November ini manakala tarikh mengundi pula pada 20 November ini.

PRN Melaka diadakan susulan pembubaran DUN Melaka pada 4 Okt lepas apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bertindak menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Empat bekas ADUN berkenaan ialah Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas). - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia