web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mahkamah Benarkan Permohonan Pasport Shafee Ke New York

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2021 3:01PM

Muhammad Shafee Abdullah - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk mendapatkan sementara pasport bagi membolehkannya ke New York bagi urusan pengajian anak lelakinya.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin memberikan pelepasan sementara pasport itu mulai hari ini hingga 3 Disember setelah mendengar hujah peguam Wee Yeong Kang yang mewakili Muhammad Shafee, setelah tiada bantahan daripada Timbalan Pendakwa Raya S.Nithia.

Dalam hujahnya, Wee berkata anak guamnya perlu ke New York dari 27 Oktober hingga 30 November ini, untuk bertemu anaknya untuk membantunya dalam urusan pengajian tinggi di The New School Parson di New York.

Menurut notis usul yang difailkan pada 18 Oktober lepas, Muhammad Shafee memohon agar pasport antarabangsanya diserahkan kepadanya buat sementara waktu selewat-lewatnya pada 25 Oktober untuk beliau membuat persiapan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA) ke New York pada 27 Oktober ini.

Muhammad Shafee berkata beliau akan mengembalikan pasportnya kepada mahkamah pada 3 Disember ini.

Muhammad Shafee yang merupakan peguam bela utama bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes berkaitan SRC International Sdn Bhd dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), telah dibenarkan ke luar negara beberapa kali selepas beliau sendiri didakwa.

Peguam berusia 69 tahun itu telah menyerahkan pasportnya pada September 2018 setelah didakwa atas dua pertuduhan menerima RM9.5 juta yang merupakan hasil aktiviti haram melalui dua cek yang dikeluarkan oleh Najib yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad miliknya .

Muhammad Shafee juga berdepan dua pertuduhan terlibat dalam transaksi hasil daripada aktiviti haram iaitu mengemukakan penyata tidak betul dan bertentangan dengan perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2013 dan 31 Disember 2014.

Setakat ini, enam saksi pendakwaan telah memberi keterangan dalam kes itu yang bermula pada 21 Mei lepas.

Perbicaraan dijadual bersambung pada 26 dan 27 Oktober ini. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia