web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Malaysia Benarkan Kemasukan 32,000 Pekerja Ladang Termasuk Dari Indonesia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2021 3:23PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) mengumumkan kesediaan Malaysia untuk membenarkan kemasukan 32,000 pekerja ladang termasuk dari Indonesia.

Namun ia bergantung kepada perjanjian persefahaman (MOU) yang akan dipersetujui dalam masa terdekat, kata kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini.

"Bagi Indonesia, penghantaran pekerja ke Malaysia memberikan manfaat kepada kedua-dua negara.

"Keputusan itu dianggap sebagai situasi menang-menang apabila bagi rakyat Indonesia, mereka akan mendapat pekerjaan dan pendapatan lumayan sementara Malaysia pula dapat menyelesaikan masalah kekurangan pekerja yang mengakibatkan kerugian besar kepada industri sawit," katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan mengakhiri lawatan kerja tiga hari menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin ke Jakarta, Indonesia hari ini.

Pada lawatan rasmi ke luar negara yang pertama dilakukan sejak menerajui KPPK, Zuraida mengadakan pertemuan dua hala dengan tiga anggota Kabinet Indonesia iaitu Menteri Koordinator Bidang Perekonomian, Airlangga Hartarto; Menteri Perdagangan, Muhammad Lutfi dan Menteri Tenaga Kerja, Ida Fauziyah.

Perbincangan pada pertemuan tersebut berkisar industri sawit dan cabaran yang dihadapi oleh kedua-dua negara.

Menurut KPPK, Malaysia dan Indonesia turut menzahirkan kebimbangan berikutan kempen anti minyak sawit oleh negara-negara Kesatuan Eropah (EU), Australia dan Oceania.

"Dalam hal ini, kedua-dua negara menerusi Majlis Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) akan berusaha untuk menggembleng usaha memerangi kempen berkenaan.

"Kempen itu tidak berasas dan tidak menggambarkan kelestarian industri minyak sawit sebenar, selain bercanggah dengan komitmen EU kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) untuk mengamalkan amalan perdagangan bebas," katanya.

KPPK yang bertanggungjawab menjaga kepentingan industri sawit akan berusaha sehabis baik  untuk melindungi industri sawit negara bagi memastikan industri ini terus berkembang dan memberikan sumbangan kepada pembangunan ekonomi negara dan rakyat. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia